Lima bantuan buat rakyat Palestin
Di saat kita meraikan tahun baharu dengan gembira, sebenarnya masih ramai sedang berduka, misalnya penduduk Palestin yang penuh ujian dan dugaan.
Sehingga kini, jumlah korban rakyat Palestin mencecah puluhan ribu, kemusnahan pula semakin meningkat dan tentera Israel kian mengganas serta tidak berperikemanusiaan.
Sepanjang peperangan berlangsung, pelbagai pertanyaan sering bermain-main di dalam kotak fikiran kita antaranya ‘bilakah peperangan ini akan berhenti? Bilakah Palestin akan mencapai keamanan?
Bagaimanapun, tiada jawapan tepat untuk soalan itu kerana kita hanya mampu melihat apa yang sedang berlaku.
Setakat ini, tiada apa-apa tindakan yang dilakukan bagi membela nasib rakyat Palestin. Mereka sedang berjuang bersendirian mempertahankan Baitulmaqdis.
Tetapi, adakah ini alasan yang relevan untuk kita menutup mulut, membutakan mata dan memekakkan telinga daripada membantu rakyat Palestin sedangkan mereka berhak mendapatkan semula kebahagiaan, keamanan dan zaman kanak-kanak secepat mungkin.
Oleh itu, apakah bantuan yang boleh disalurkan kepada rakyat Palestin?
1) Teruskan boikot produk-produk atau perkhidmatan yang menunjukkan sokongan dan menghulurkan dana kepada negara Israel.
2) Teruskan berkongsi info-info terkini tentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
3) Teruskan bersedekah kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai menyumbangkan 100 peratus hasil sumbangan ke tabung Palestin.
4) Teruskan cakna tentang saudara kita di Palestin.
5) Teruskan berdoa buat mereka kerana doa itu adalah senjata orang mukmin.
Akhir sekali, lakukanlah lima cara di atas sebagai tanda kita bersama-sama berjuang mempertahankan Baitul Maqdis daripada cengkaman negara haram Israel yang merampas tanah hak milik rakyat Palestin.
Ayuh rakyat Malaysia!
Maklumat Penulis
Mahasiswa Tahun Tiga, Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya, Nurul Khadra Aida Mohd Rawi
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my