MSU diiktiraf sebagai antara universiti pilihan majikan terkemuka Malaysia apabila tersenarai dalam kalangan Employer Choice University 2024.
MSU diiktiraf sebagai antara universiti pilihan majikan terkemuka Malaysia apabila tersenarai dalam kalangan Employer Choice University 2024.

MSU di tangga 51 terbaik dunia bagi pelajar antarabangsa

10 Jun 2024 09:59am
A
A
A

Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) 2025 menyaksikan Management and Science University (MSU) kekal 12 universiti terbaik Malaysia.

Ia turut meletakkan MSU pada kedudukan ke-580 dunia.

QS WUR 2025 turut menyenaraikan sejumlah 28 institusi pendidikan tinggi Malaysia daripada 1,503 pusat pengajian seluruh dunia yang mana 5,663 telah melalui proses penilaian iaitu peningkatan sebanyak 2,700 universiti baharu.

Aspek terbaik membabitkan indikator nisbah pelajar antarabangsa menempatkan MSU di tangga ke-51 dunia, kedudukan ketiga di Malaysia yang mana meningkat 41 anak tangga.

Turut merekodkan peningkatan adalah indikator nisbah fakulti antarabangsa iaitu peningkatan 54 anak tangga, menempatkan MSU di kedudukan ke-126 dunia yang juga pertama negara.

MSU juga mencatat peningkatan sebanyak 87 anak tangga membabitkan indikator nisbah pelajar dan fakulti di tangga ke-389 duni dan ke-12 di Malaysia.

Selain tiga indikator itu, penilaian QS WUR 2025 juga berdasarkan enam indikator utama lain iaitu reputasi majikan dan akademik, sitasi per fakulti, rangkaian penyelidikan antarabangsa, kelestarian serta kebolehpasaran dan impak graduan.

QS WUR 2025 turut menilai lima bidang utama iaitu penemuan dan penyelidikan, kebolehpasaran serta impak graduan, pengalaman pembelajaran, jalinan global dan kelestarian.

Pencapaian ini signifikan dengan ekosistem MSU yang menitikberatkan aspek pembelajaran dan pengajaran alaf baharu melibatkan kerjasama pintar bersama lebih 2,000 rakan industri tempatan dan antarabangsa.

Ia juga melibatkan rangkaian kerjasama dengan lebih 350 institusi pendidikan tinggi global merangkumi rantau Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Tengah, China, Timur Tengah, Eurasia, Eropah, Asia Barat dan Oceania.

Secara keseluruhannya pelajar antarabangsa MSU terdiri dari 67 buah negara termasuk Uzbekistan, Turkiye, Mesir, Jordan, Singapura, India, Amerika Syarikat (AS), Indonesia, Somalia, Brunei, Sudan, Yemen, Ghana, Sri Lanka, China, Thailand, Maldives, Algeria, Tanzania, Timor-Leste, Chad dan lain-lain.

Berdasarkan Indeks Kebolehpasaran Graduan (Talentbank GE Index 2024), MSU diiktiraf sebagai antara universiti pilihan majikan terkemuka Malaysia apabila tersenarai dalam kalangan Employer Choice University 2024.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok