Komitmen MSU memperkasakan ekosistem antara rakan industri dan komuniti berjaya menjana graduan memenuhi keperluan industri dan pasaran kerjaya.
Komitmen MSU memperkasakan ekosistem antara rakan industri dan komuniti berjaya menjana graduan memenuhi keperluan industri dan pasaran kerjaya.

MSU diiktiraf universiti pilihan majikan 2024

13 May 2024 04:27pm
A
A
A

Management and Science University (MSU) muncul sebagai salah satu universiti terbaik di Malaysia yang sentiasa konsisten menjana graduan versatil, serba boleh serta dilengkapi kemahiran insaniah yang diperlukan dalam pasaran modal insan negara.

Pencapaian MSU itu diukur menerusi hasil kajian komprehensif Talentbank, menerusi Indeks Kebolehpasaran Graduan (Talentbank GE Index) 2024 berkaitan kebolehpasaran graduan institusi pendidikan tinggi.

“Daripada kajian itu, MSU telah diiktiraf sebagai antara universiti yang menjadi pilihan majikan terkemuka di Malaysia.

“Terdapat lebih 700 majikan terkemuka terlibat dalam kajian GE Index 2024, antaranya Intel, TDCX, ANT International, Huawei, Maybank, Nestlé, Petronas, Shopee, CIMB, Sunway Group, PwC, Maxis, AIA, Hartalega dan Malaysia Airlines,” jelas MSU dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut MSU, graduan dalam bidang pastri dan bakeri, solekan dan kecantikan, pengurusan acara, fesyen, pengurusan hospitaliti dan pelancongan antara yang menjadi pilihan utama para majikan.

Selain itu, bidang lain yang menyaksikan kadar kebolehpasaran yang tinggi ialah kaunseling, pendidikan kanak-kanak, perhubungan awam, kewangan dan kewangan Islam dan logistik.

Menawarkan kesemua program kebolehpasaran berkenaan, MSU turut mempunyai program lain yang menjadi pilihan majikan dalam bidang reka bentuk dan pembangunan permainan di bawah Faculty of Information Sciences and Engineering; kejururawatan dan fisioterapi (Faculty of Health and Life Sciences) dan farmasi di bawah Faculty of Health and Life Sciences; and Pharmacy.

“Pencapaian ini menunjukkan komitmen MSU memperkasakan ekosistem di antara warga MSU, rakan industri serta komuniti yang secara langsung telah memberikan impak positif dalam menjana graduan memenuhi keperluan semasa industri dan pasaran kerjaya yang dinamik,” jelas MSU.

Artikel Berkaitan:

Komitmen MSU itu turut memperlihatkan hasil memberangsangkan apabila Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan penarafan ‘Excellent Status University, Tier 5 – Emerging University Category’, selain diiktiraf sebagai universiti dengan kadar kebolehpasaran 99 peratus dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok