Pelajar MSU didedahkan dengan aspek teori dan amali berhubung ilmu kejuruteraan farmasi.
Pelajar MSU didedahkan dengan aspek teori dan amali berhubung ilmu kejuruteraan farmasi.

MSU lahirkan tenaga mahir bidang teknologi farmaseutikal

30 Sep 2024 09:47am

Salah satu bidang kerjaya yang mendapat permintaan tinggi majikan sektor kerajaan atau swasta ialah sebagai tenaga mahir dalam bidang teknologi farmaseutikal.

Sumbangan kerjaya itu penting dalam usaha memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kosmetik yang lebih baik serta melengkapi perkembangan pesat industri pembuatan.

Justeru itu, Management and Science University (MSU) melalui School of Pharmacy (SPH) menawarkan peluang melanjutkan pengajian dalam Bachelor of Science in Pharmaceutical Technology dengan jangka masa pengajian selama tiga tahun enam bulan dengan kelayakan kemasukan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi atau diploma dalam bidang sains serta berkaitan.

MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu memfokuskan kepada penghasilan perubatan tradisional dan moden merangkumi produk farmaseutikal dan nutraseutikal serta menitikberatkan elemen Amalan Pengilangan Baik (GMP).

"Pelajar juga didedahkan dengan aspek teori dan amali berhubung ilmu kejuruteraan farmasi, teknologi dalam pembuatan perubatan serta keusahawanan dengan menyeluruh.

"Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar bermula proses pembangunan produk, pembungkusan, kawalan kualiti, pengilangan dan pengurusan makmal, pengurusan pengedaran stok produk serta rekabentuk proses kerja,” jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Menurut MSU, dengan kemudahan prasarana lengkap, pelajar bukan sahaja belajar dalam suasana kondusif tetapi merasai suasana sebenar dunia kerjaya dengan kerjasama industri.

"Jaringan kerjasama MSU dengan rakan universiti di seluruh dunia merupakan opsyen terbaik kepada pelajar untuk mendapat pendedahan global yang seterusnya memperkasakan pengalaman pembelajaran mereka,” katanya.

Kerjasama pintar MSU dengan lebih 2,000 rakan industri melalui University Industry Advisory Panel (UIAP) memberikan jaminan kerjaya kepada pelajar sebaik menamatkan pengajian mereka.

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menyaksikan kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap 99 peratus dan tertinggi dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Selain program Teknologi Farmaseutikal, School of Pharmacy turut menawarkan program ijazah sarjana muda dan diploma dalam bidang pengkhususan seperti Farmasi dan Perubatan Tradisional Cina.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp