Mustapha (dua dari kiri) menyerahkan anugerah Universiti Malaysia Terbaik (Pendidikan TVET) kepada Mohd Shukri sempena Malaysia Education & TVET 2023 (META 2023) yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mustapha (dua dari kiri) menyerahkan anugerah Universiti Malaysia Terbaik (Pendidikan TVET) kepada Mohd Shukri sempena Malaysia Education & TVET 2023 (META 2023) yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Khamis.

MSU peneraju pembangunan pendidikan TVET Malaysia

25 Sep 2023 10:10am
A
A
A

Management and Science University (MSU) berjaya mencipta sejarah dalam pembangunan pendidikan tinggi di negara ini apabila dinobatkan sebagai Universiti Terbaik Malaysia bagi kategori pendidikan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional).

Kejayaan membanggakan itu diperoleh MSU sempena majlis anugerah Malaysia Education & TVET 2023 (META 2023) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis anjuran penerbitan Education TVET Asia.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan diterima oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan disaksikan Pengerusi Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad, Datuk R. Rajendran serta Editor Pengurusan Education TVET Asia, Lee Seng Chee.

MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, kejayaan berprestij itu sekali gus meletakkan universiti itu sebagai peneraju dalam pendidikan TVET di Malaysia dan juga di peringkat global.

“Kejayaan ini hasil daripada komitmen MSU yang telah melaksanakan pelbagai strategi inovatif dengan menekankan elemen TVET dalam silibus pelbagai program pengajian yang disediakan,” jelas kenyataan universiti itu yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Menurut MSU lagi, pencapaian yang turut dikongsi seluruh warga universiti tersebut merupakan kesinambungan daripada pengiktirafan Accreditation Services for International Schools, Colleges and Universities (ASIC), United Kingdom yang telah menganugerahkan MSU sebagai “Global TVET Model University dan Outstanding Leadership in International TVET Education” pada tahun 2018.

Anugerah Universiti Malaysia Terbaik (Pendidikan TVET) yang diperolehi MSU adalah manifestasi komitmen universiti itu yang melaksanakan pelbagai strategi inovatif dengan menekankan elemen TVET dalam program-program pengajiannya.
Anugerah Universiti Malaysia Terbaik (Pendidikan TVET) yang diperolehi MSU adalah manifestasi komitmen universiti itu yang melaksanakan pelbagai strategi inovatif dengan menekankan elemen TVET dalam program-program pengajiannya.

META 2023 yang merupakan edisi kedua diadakan bagi mengiktiraf peranan serta sumbangan organisasi dan individu dalam memperkasakan program pendidikan TVET di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Antara organisasi dan individu yang terlibat meliputi institusi pendidikan tinggi, pusat latihan, pusat bahasa, pusat kemahiran dan vokasional, pusat Pendidikan awal kanak-kanak, pendidik dan penyedia perkhidmatan TVET, usahawan, personaliti dan tokoh TVET, pengarang dan penerbit serta lain-lain lagi.

Penerima anugerah pengiktirafan META 2023 dinilai berdasarkan kriteria seperti kepimpinan, produktiviti, inovatif, kelestarian, kecemerlangan jenama, kecemerlangan perkhidmatan dan produk serta kecemerlangan start-up baharu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok