Kredit foto: mudkung/123rf
Kredit foto: mudkung/123rf

Berminat bidang kejuruteraan? Berikut 7 universiti terbaik dunia untuk pelajar buat pilihan

ROSHLAWATY MD RAIEH
08 Nov 2023 10:16am
A
A
A

Kejuruteraan merupakan satu bidang kerjaya yang sangat popular dalam kalangan pelajar hari ini.

Ia kerana bidang tersebut dilihat sebagai memenuhi keperluan dan kehendak manusia masa kini.

Pelajar yang memilih dunia kejuruteraan, mereka bakal bergelar seorang jurutera kelak.

Malah, kerjaya ini kian menjadi rebutan kerana menawarkan peluang pekerjaan yang sangat tinggi dalam industri antaranya industri pembuatan, pembinaan, perkilangan, minyak dan gas.

Oleh itu, kepada pelajar yang berminat menceburi kejuruteraan dan mahu melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut, Sinar Bestari kongsikan tujuh universiti terkemuka dunia yang telah diiktiraf sebagai universiti terbaik dalam bidang tersebut.

1) California Institute of Technology (Caltech)

- Pada asalnya, universiti ini dikenali dengan nama Throop University. Kemudian, ia ditukar kepada California Institute of Technology mengikut peredaran masa.

Biarpun Caltech merupakan salah satu universiti yang paling kecil di dunia, namun warga universiti tetap berbangga dengan kepelbagaian inovasi yang dibangunkan mereka.

Artikel Berkaitan:

Malah, warga Caltech turut gembira apabila ramai dalam kalangan penuntutnya meraih pelbagai kejayaan dalam akademik dan kokurikulum.

Antara kejayaan mahasiswa Caltesh setakat ini adalah 34 penuntutnya menerima Anugerah Nobel Laureates; 58 menerima National Medal of Science Recipients; 13 penerima National Medal of Technology and Innovation Recipients dan 128 meraih Anugerah National Academies Memberships.

2) Universiti Stanford

- Universiti ini terletak di California, Amerika Syarikat dan merupakan pusat pengajian terkemuka di dunia.

Sepanjang penubuhannya, universiti berkenaan sudah melahirkan lebih 30 jutawan, 17 angkasawan, 18 penerima Anugerah Turing (satu pengiktirafan tertinggi dalam industri perkomputeran yang sering dirujuk sebagai Hadiah Nobel Perkomputeran) dan dua penerima Pingat Padang (anugerah yang diberikan oleh International Congress of Mathematicians kepada mereka yang hebat dalam bidang berkenaan).

3) University of Oxford

- Universiti yang terletak di United Kingdom ini sememangnya terkenal di seluruh dunia terutamanya dalam bidang kejuruteraan.

Bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, terdapat beberapa kursus kejuruteraan yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Bio-Perubatan, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Maklumat dan Kejuruteraan Mekanikal.

University of Oxford telah melahirkan lebih 120 pemegang pingat Olimpik, 26 pemenang Anugerah Nobel, tujuh Penyair Nobel dan lebih 30 pemimpin dunia antaranya adalah Bill Clinton, Aung San Suu Kyi, Indira Ghandi serta 26 Perdana Menteri United Kingdom.

4) Institut Teknologi Massachusetts atau Massachusetts Institute of Technology (MIT)

- MIT yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat juga merupakan salah satu universiti terbaik di dunia.

Ia telah mengungguli QS World University Rankings untuk kali kelapan berturut-turut menerusi pelbagai kategori antaranya penyelidikan, kejuruteraan, peluang pekerjaan, pengajaran, fasiliti dan inovasi.

Selain itu, MIT turut cemerlang dalam beberapa subjek yang ditawarkan iaitu Seni Bina; Lingustik; Sains Komputer dan Sistem Informasi; Kejuruteraan dan Teknologi; Kimia; Matematik serta Ekonomi dan Ekonometrik.

5) University of Cambridge

- Ditubuhkan pada tahun 1209, University of Cambridge adalah sebuah institusi penyelidikan awam yang terletak di United Kingdom.

Universiti keempat tertua di dunia ini telah melahirkan lebih daripada 18,000 mahasiswa dari seluruh pelusuk dunia.

Lebih 150 kursus yang ditawarkan kepada mahasiswanya yang terdiri dalam kalangan penuntut dari 50 buah negara.

6) Universiti Harvard

Universiti Harvard ditubuhkan pada 1936 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat.

Ia diberi nama Universiti Harvard bersempena nama dermawan pertama iaitu John Harvard yang meninggal dunia dan menyumbangkan separuh hartanya kepada institusi berkenaan pada 1638.

Setakat ini, beberapa ahli fakulti dari Universiti Harvard, telah dianugerahkan hadiah Nobel iaitu ahli kimia, Martin Karplus dan ahli ekonomi, Alvin Roth.

Manakala alumni cemerlang yang diberi penghormatan pula adalah mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore yang memenangi Hadiah Keamanan pada 2007 dan penyair, Seamus Heaney yang merupakan seorang profesor di Harvard pada 1981 hingga 1997.

7) National University of Singapore (NUS)

NUS mempunyai tiga Pusat Penyelidikan Kecemerlangan (RCE) dan 26 institusi penyelidikan di peringkat universiti dan pusat.

Ia juga adalah rakan kongsi untuk RCE kelima Singapura.

NUS terkenal dengan kekuatan penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan; Sains Hayat dan Bio-Perubatan; Sains Sosial serta Sains Semula jadi.

Teras penyelidikan utama telah dilakukan baru-baru ini dalam beberapa bidang seperti Teknologi Kuantum; Kanser dan Translasi Perubatan; Media Interaktif dan Digital; Alam Sekitar dan Air.

Universiti ini juga berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong serta inovatif bagi menggalakkan aktiviti perusahaan di negaranya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok