No Image Caption

MSU perkasa agenda pendidikan global bersama Pro-Canselor baharu

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
07 Aug 2025 12:00pm

Management and Science University (MSU) telah menganjurkan program Global Dialogue Series: 100-Day World Lecture Tour Bersama Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, tokoh ilmuwan negara yang dihormati sama ada di dalam negara dan peringkat global.

Program yang diadakan di kampus induk MSU, Shah Alam itu turut dihadiri oleh Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid, pengurusan kanan universiti serta staf dan pelajar MSU.

Bermula April hingga Julai lalu, Zaini melaksanakan jelajah global bertajuk 100-Day World Lecture Tour melibatkan 15 negara termasuk Qatar, Arab Saudi, Turkiye, Sweden, Norway, Denmark, Jerman, Switzerland, Perancis, Belgium, Belanda, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Siri jelajah ini bertujuan sebagai wacana perkongsian idea dan pengalaman melalui platform ceramah, forum, temu bual media dan lawatan tapak. Antara topik utama termasuk kelestarian alam sekitar, pendidikan tinggi pascapandemik, tindakan iklim sebelum 2050 dan kepimpinan untuk kesihatan sejagat.

Siri ini diteruskan dengan sesi sembang santai bersama institusi awam, swasta dan NGO di seluruh negara sepanjang Ogos dan September 2025.

No Image Caption

Pemilihan MSU sebagai destinasi kemuncak 100-Day World Lecture Tour ini memberikan peluang kepada para warganya untuk memperolehi pelbagai input bermakna berkenaan perjalanan karier beliau dalam sektor pendidikan, tenaga, alam sekitar dan kesihatan, selain dikenali sebagai pakar dalam bidang kejuruteraan alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

Program yang sama juga menyaksikan Zaini yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) diumumkan sebagai Pro-Canselor MSU yang ke-2 serta turut dilantik sebagai profesor bagi bidang Kelestarian Alam Sekitar atau Environmental Sustainability di MSU.

Seiring dengan kepakarannya sebagai tokoh dalam perkhidmatan awam, sektor pendidikan, tenaga, alam sekitar dan kesihatan turut dikenali sebagai pakar dalam bidang kejuruteraan alam sekitar, beliau mampu menyumbang kepada pembangunan serta memperkukuhkan nama MSU dalam bidang pendidikan tinggi negara dan global. Ia bakal menyambung legasi kepimpinan Pro-Canselor pertama MSU iaitu Allahyarham Tan Sri Dr Wan Muhammad Zahid Muhammad Noordin.

Pelantikan itu selari dengan visi dan misi MSU yang mengangkat agenda mempelopori pengantarabangsaan pendidikan berkualiti sejak penubuhannya lebih empat dekad yang lalu.

MSU komited dalam melahirkan modal insan holistik melalui pendekatan pendidikan berteraskan industri dan keusahawanan. Universiti ini juga sebuah institusi pendidikan tinggi bertaraf global diiktiraf oleh Quacquarelli Symonds (QS) dan Times Higher Education (THE), berpegang kepada visi untuk masa depan yang lebih baik dan mampan sekali gus mengutamakan pendidikan berkualiti menerusi pendekatan pembelajaran abad ke-21 untuk melahirkan graduan yang seimbang, kompeten dan versatil, selaras moto Transforming Lives, Enriching Future.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp