Massila menerima anugerah berprestij World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award di WWEBS, Kuala Lumpur.
Massila menerima anugerah berprestij World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award di WWEBS, Kuala Lumpur.

Naib Canselor UTeM terima pengiktirafan peringkat antarabangsa

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Sep 2024 01:41pm
A
A
A

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin terus menyerlah dalam dunia pendidikan menerusi penerimaan pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Terbaharu, Massila menerima anugerah berprestij World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award di World Women Economic & Business Summit (WWEBS), Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut kenyataan UTeM, anugerah bertaraf dunia yang diterima Massila adalah berdasarkan tiga kriteria utama yang menjadi pengukur beliau sebagai tokoh kepimpinan wanita berkaliber dan berkecemerlangan tinggi.

“Kriteria tersebut merangkumi keunggulan kepimpinan, komitmen terhadap kemajuan dan kelestarian wanita serta sumbangan Massila kepada masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Zulkifilie (dua dari kanan) mewakili Massila menerima anugerah World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award.
Zulkifilie (dua dari kanan) mewakili Massila menerima anugerah World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award.

“Secara umumnya, beliau telah mempamerkan kualiti kepimpinan dinamik sepanjang kariernya sebagai tunggak kepimpinan utama di universiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Malaysia.

“Pada masa yang sama, beliau tentunya turut telah berjaya menjulang kemajuan dan kelestarian wanita menerusi pelbagai agenda termasuklah menjadi ikon penggerak pemerkasaan TVET dalam kalangan wanita dengan menjayakan program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA),” maklum UTeM.

WWEBS yang dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri adalah sidang kemuncak antarabangsa bertujuan memperkasa dan menyokong wanita dalam bidang ekonomi dan perniagaan serta menumpukan inovasi, kepimpinan dan pendidikan sebagai elemen penting dalam memperkasakan wanita untuk menjadi pemimpin.

No Image Caption

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur WWEBS 2024, Datuk Halimah Mohd Said diberi penghargaan untuk menyampaikan anugerah World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award kepada Massila yang turut menerima piala dan sijil anugerah berprestij.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim hadir menerima anugerah sebagai mewakili beliau (Massila).

No Image Caption

INFO

Anugerah dan pengiktiran dirangkul Naib Canselor UTeM

1) Anugerah Personaliti Cemerlang Malaysia (Kepimpinan TVET), Malaysia Education & TVET Awards 2024

2) Akademia Wanita dan Anugerah Kepimpinan Terbilang di Persidangan Antarabangsa Tahunan Ke-13 Kejuruteraan Industri dan Pengurusan Operasi 2023

3) Anugerah Buku Negara 2022 (Inaugural Lecture), Inaugural Lecture Series: Improving Technical Product Quality Through Requirement Engineering

4) Woman Icon (Times Women), Innovative Academician Award 2022

5) Outstanding Woman Researcher in Software Engineering by 6th Venus 2022

6) Anugerah Tokoh Akademik UTeM 2022

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok