
Nak masuk universiti popular lepas SPM? Strategi ini penting!
Setiap tahun, ribuan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bercita-cita melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan ramai di Malaysia.
Namun, ramai yang tidak sedar persaingan untuk masuk program popular di universiti bertaraf penyelidikan sangat sengit. Pilihan yang popular bukan sahaja mendapat permohonan yang tinggi, malah tempat untuk setiap program sangat terhad.
Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tinggi sahaja tidak cukup. Pelajar perlu merancang strategi, menilai minat, kekuatan akademik dan peluang kerjaya sebelum memilih program, supaya tidak tersangkut dalam persaingan ribuan pemohon.
Berikut antara universiti penyelidikan dan program paling popular beserta merit yang diperlukan:
Universiti Malaya (UM) – Sarjana Muda Perakaunan: Merit 99.57%
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Melayu): Merit 97.93%
Universiti Putra Malaysia (UPM) – Bacelor Perakaunan: Merit 100%
Universiti Sains Malaysia (USM) – Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Inggeris / Linguistik Bahasa Melayu / Geografi / Sejarah / Kesusasteraan): Merit 96.81%
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Sarjana Muda Perakaunan: Merit 100%
Bayangkan, Sarjana Muda Perakaunan UTM hanya menawarkan sekitar 50 tempat tetapi pemohon boleh mencecah ribuan orang! Situasi ini menunjukkan betapa pentingnya strategi sebenar, bukan sekadar ikut trend atau memilih program popular semata-mata.
Persaingan memang sengit, tetapi bukan penghalang bagi mereka yang merancang langkah awal dengan strategi yang betul.
Dengan persediaan yang tepat, fokus yang jelas dan pemilihan program yang bijak, peluang untuk menembusi program popular universiti penyelidikan tetap terbuka.
Jadi sebelum klik 'hantar' di UPU Online, fikir dulu, adakah pilihan anda realistik dan strategik untuk masa depan yang diimpikan?
Selamat maju jaya Sinar Bestari ucapkan!
Ringkasan AI
- Setiap tahun ribuan pelajar SPM bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di universiti pilihan di Malaysia
- Persaingan untuk masuk program popular di universiti penyelidikan sangat sengit
- CGPA tinggi saja tidak cukup, pelajar perlu merancang strategi dan menilai minat serta peluang kerjaya
- Universiti penyelidikan menawarkan program popular dengan merit yang sangat tinggi seperti Bacelor Perakaunan UPM dan UTM dengan merit 100%
- Persiapan yang tepat, fokus yang jelas, dan pemilihan program yang bijak penting untuk menembusi program popular di universiti penyelidikan