No Image Caption

Nur Faqina juara Kejohanan Tinju Piala Malaysia, angkat nama baik Politeknik Kota Bharu

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
17 Oct 2024 03:31pm

Jika dahulu sukan lasak tinju dimonopoli oleh golongan lelaki, namun kini ia semakin meluas sehingga kaum Hawa juga mula berkecimpung dalam arena sukan ini.

Lebih menarik lagi, baru-baru ini petinju yang juga merupakan pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB), Nur Faqina Dullia Adrea Zaratul Ihram berjaya menjuarai Kejohanan Tinju Piala Malaysia sekali gus mengharumkan nama baik politekniknya.

 Nur Faqina
Nur Faqina

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook PKB, Nur Faqina merupakan pelajar semester satu Diploma Pemasaran sekali gus petinju terbaik elit wanita bagi kejohanan itu.

“Melengkapkan lagi koleksi Nur Faqina, dia muncul sebagai naib juara dengan memperoleh pingat perak dalam acara tinju bagi kategori 48 kilogram Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Sarawak September lalu.

“Kini Nur Faqina merupakan aset penting buat politeknik yang telah mengharumkan nama insitutis di pentas kebangsaan arena sukan,” tulisnya.

Nur Faqina merupakan anak sulung daripada lima beradik yang mendapat inspirasi daripada ayahnya untuk menjadi petinju apabila sering dibawa untuk menyaksikan perlawanan Tomoi.

Dia juga berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan bernaung di bawah Persatuan Muay Thai.

Tidak hanya itu, Pengarah PKB, Dr Mohd Daud Isa, menzahirkan ucapan tahniah dan syaba atas kejayaan Nur Faqina.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis kalungan pingat ini ialah,

Timbalan Pengarah (Akademik) Ir Mohd Zaidi Che Mood; Timbalan Pengarah (Sokongan Akedemik) Che Anuzi Yusoff; Ketua Jabatan Perdagangan, Juli Suzlin Mohd Jalaludin dan Ketua Jabatan Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan, Sazami Shafi'i.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp