Ahli kumpulan Dikir Barat Citra D'Mas UniSZA terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa pelbagai fakulti.
Ahli kumpulan Dikir Barat Citra D'Mas UniSZA terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa pelbagai fakulti.

Pandemik Covid-19 jejas pergerakan seni dikir barat

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
02 May 2023 11:15am
A
A
A

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia beberapa tahun lalu meninggalkan bekas mendalam kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali, penggiat seni terutama 'pemain' industri persembahan tradisi dikir barat di negeri Pantai Timur yang bergantung kepada jemputan persembahan.

Bahkan, senario berkenaan turut dirasai kumpulan Dikir Barat Citra D'Mas Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Penolong Pegawai Tadbir, Pusat Kesenian Warisan UniSZA, Mohd Hafizi Mat Ali berkata, kumpulan dikir barat universiti berkenaan sangat aktif malah dapat banyak undangan persembahan untuk dipenuhi dalam memperkasa seni tradisi itu kepada khalayak umum.

“Ia mula berubah apabila berlaku wabak Covid-19 terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan kebajikan dan kesihatan mahasiswa-mahasiswa.

“Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, kumpulan Dikir Barat Citra D'Mas UniSZA kembali 'bernafas' untuk mengangkat seni tradisi dikir barat,“ katanya.

Kumpulan Dikir Barat Citra D'Mas UniSZA cukup aktif dalam memenuhi undangan sebelum pandemik Covid-19.
Kumpulan Dikir Barat Citra D'Mas UniSZA cukup aktif dalam memenuhi undangan sebelum pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Pada kebiasaannya, dia memberitahu, kumpulan dikir barat universiti berkenaan merangkumi 27 keahlian dalam menyampaikan persembahan terbaik.

“Mereka terdiri daripada seorang tukang karut, seorang tok jogho, 20 awak-awak dan lima pemuzik.

“Kumpulan Dikir Barat Citra D'Mas UniSZA juga pernah terlibat dalam pembikinan Malaysia Book of Records (MBOR) menghimpunkan lebih daripada 1,000 ahli dikir barat,“ ujarnya.

Bercerita mengenai pemilihan lagu, Mohd Hafizi menambah, terdapat ahli-ahli yang mempunyai latar belakang dalam seni persembahan dikir barat.

Mohd Hafizi
Mohd Hafizi

Justeru, katanya, mereka mempunyai lagu sendiri untuk dikongsi bersama ahli-ahli kumpulan lain malah akan menggubah lagu sendiri sekali gus memberi kelainan pada persembahan.

“Selain itu, mahasiswa-mahasiswa ini juga adalah dari fakulti perniagaan, Islam, perniagaan, reka bentuk, undang-undang dan bahasa,“ ujarnya.

Info

Kumpulan Dikir Barat Citra D'Mas UniSZA

Pencapaian

  • Pertandingan Dikir Barat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Universiti Utara Malaysia (UUM) 2019.
  • Naib Johan Awak-Awak Terbaik.
  • Pemain Gendang Terbaik.
  • Malaysia Book of Records (MBOR) Himpunan Pendikir Muda Terengganu 2020.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok