Antara tulang belakang MedTech Accenture yang berjaya merangkul tempat pertama dalam Healthcare Innovators Challenge.
Antara tulang belakang MedTech Accenture yang berjaya merangkul tempat pertama dalam Healthcare Innovators Challenge.

Pasukan MedTech Accenture harumkan nama UosM, KPJU

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Aug 2024 05:41pm

Inovasi kesihatan yang dibangunkan pasukan MedTech Accenture muncul tempat pertama dalam pertandingan Healthcare Innovators Challenge, baru-baru ini.

Pasukan MedTech Accenture yang dianggotai pelajar Universiti Southampton Malaysia (UoSM) dan KPJ Healthcare University (KPJU) iaitu Aiman Haziq Hairel Anuar dan Amanda Yong Tzia Yiong (masing-masing pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UoSM) serta Nur Masita Mohd Esa, Stefanny Julia Justine dan Theebha K Parasuraman (pelajar Kejururawatan KPJU) berjaya menonjolkan kehebatan mereka melalui kerjasama dan disiplin yang mantap.

Selain usaha keras para pelajar, kejayaan yang dikecapi mereka tidak dapat dicapai jika tiada sokongan dan bimbingan daripada pensyarah UoSM dan KPJU.

Barisan pensyarah seperti Ir Dr Ahmad Syahrin Idris, Dr Annamma K, Dr Azam Ahmad Bakir, Dr Nurul Fariza, Dr Grace Chai dan Dr Heng Wei Wei memainkan peranan penting dalam memastikan MedTech Accenture terus melakar kecemerlangan.

Kejayaan MedTech Accenture adalah bukti kukuh bahawa kolaborasi antara pelbagai disiplin dapat menghasilkan penyelesaian kesihatan berdaya saing dan inovatif.

Malahan kemenangan itu juga menjadi inspirasi untuk mewujudkan pelbagai kerjasama antara pelajar bidang Kejuruteraan dan Kejururawatan pada masa hadapan, dengan harapan dapat menyumbang kepada perkembangan sektor kesihatan di Malaysia.

Terdahulu, pasukan MedTech Accenture telah menjalani program intensif selama dua bulan di bawah bimbingan 1337 Ventures dan LEET Academy sebelum mereka menyertai Healthcare Innovators Challenge.

Mereka dilatih dalam pemikiran reka bentuk, penyampaian idea dan keusahawanan untuk penghasilan inovasi.

Setelah melepasi tiga peringkat yang mencabar, MedTech Accenture berjaya menghasilkan dek penyampaian dan prototaip mengagumkan yang akhirnya membawa mereka ke puncak kejayaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp