Sebahagian peserta PECI bersama penganjur setelah berakhirnya program itu di Kampung Beswok, Pos Yum.
Sebahagian peserta PECI bersama penganjur setelah berakhirnya program itu di Kampung Beswok, Pos Yum.

PECI perkasa pertanian melalui komuniti

11 Jun 2024 01:24pm

Seramai 200 komuniti Orang Asli mengikuti program PUTRA Earth Care Initiative (PECI) di Kampung Beswok, Pos Yum, Sungai Siput, Perak baru-baru ini.

Turut serta dalam program itu adalah kumpulan mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Pengarah Program, Tengku Afiqah Tengku Azman, PECI bertujuan memperkasakan kelestarian alam sekitar, keterjaminan makanan dan kelestarian pertanian kepada komuniti melalui dua fasa.

Ujarnya, dua fasa tersebut terdiri daripada program perkongsian berbentuk simposium yang melibatkan panel pakar daripada industri dan universiti (fasa pertama).

Manakala fasa kedua pula adalah program pemindahan maklumat berkaitan kelestarian pertanian kepada komuniti Orang Asli dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM).

Tidak ketinggalan, kata Tengku Afiqah, PECI juga merupakan salah satu inisiatif menyokong hasrat dibawa Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang memperkasakan pertanian melalui komuniti.

No Image Caption

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang berlangsungnya PECI.

Artikel Berkaitan:

Antara yang dijalankan adalah Gerak Gempur bersama LKM di mana mahasiswa dan petani kecil diberi pendedahan mengenai penjagaan dan pengendalian serta kawalan serangga perosak bagi tanaman koko.

15 pek baja kompos telah disumbangkan Pusat Pertanian Putra dan 150 biji benih nanas sumbangan Saudagar Nanas Agrofarm untuk ditanam komuniti Orang Asli di kawasan mereka.

Selain itu, aktviti pembuatan sabun tanpa kimia juga telah dijalankan yang mana ilmu pembuatan sabun dikongsi wakil Syarikat EcoGreen Global Sdn Bhd ketika fasa satu.

Dalam pada itu, wakil pegawai LKM, Mohd Mustafa Munim Motolani menyifatkan, program memberi pelbagai impak baik kepada komuniti Orang Asli dan penuntut UPM terutama berkenaan kelestarian pertanian dan juga alam sekitar.

No Image Caption

Katanya, PECI memberikan pendedahan praktikal kepada mereka mengenai kelestarian pertanian terutama melibatkan tanaman komoditi seperti tanaman koko.

Terdahulu, PECI dianjurkan UPM menerusi Kelab Pembangunan Insaniah (INSAN) dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama LKM, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak, EcoGreen Global Sdn Bhd dan Fakulti Pertanian, UPM.

PECI dianjurkan selaras dengan konsep Students for Society (S4S) dibawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) yang mengutamakan bidang tujahan (niche areas) Universiti Awam selari dengan agenda pemerkasaan mahasiswa memfokuskan kepada pembangunan insaniah dan komuniti setempat sekali gus berjaya dicapai melalui pemantapan sukarelawan mahasiswa.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp