Pelajar mula buka mata

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
05 May 2025 01:00pm

Program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menunjukkan perkembangan positif apabila mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan, khususnya selepas pelajar dan ibu bapa didedahkan peluang kerjaya serta latihan industri yang ditawarkan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Muhammad Syamil Ramlan, 24, berkata, pendedahan itu membuka mata banyak pihak bahawa bidang tersebut bukan lagi pilihan terakhir, namun platform berdaya saing dan berpotensi tinggi.

“Dari segi pengiktirafan, TVET masih ada ruang untuk penambahbaikan terutama mengubah persepsi masyarakat yang mengutamakan laluan akademik konvensional.

“Ramai pelajar sudah mula sedar bahawa graduan TVET mempunyai kelebihan dari segi kemahiran. “Kebolehpasaran graduan TVET lebih tinggi berbanding program akademik biasa,” katanya.

Perubahan demikian memerlukan usaha berterusan dan sokongan pelbagai pihak agar TVET benar-benar diangkat setaraf dengan sistem pendidikan arus perdana.

Muhammad Syamil berkongsi peranan MPP yang boleh menjadi jambatan antara pelajar dan pengurusan universiti untuk membawa suara mahasiswa.

“Kami ada mencadangkan penambahbaikan kurikulum dan mempromosikan kejayaan pelajar dalam industri bagi meningkatkan martabat program ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp