Izzul Zafran berjaya menewaskan 47 peserta dari 40 buah negara seluruh dunia.
Izzul Zafran berjaya menewaskan 47 peserta dari 40 buah negara seluruh dunia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah juara Adobe Certified Professional World Championship 2024

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
02 Aug 2024 11:49am

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah ungkapan sesuai buat seorang pelajar Malaysia yang meraih juara dalam pertandingan antarabangsa Adobe Certified Professional World Championship 2024 di California, Amerika Syarikat.

No Image Caption

Izzul Zafran Abd Razak, pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang menewaskan seramai 47 peserta dari 40 buah negara seluruh dunia sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai bernilai AS$8,000 (RM36,170), sijil, medal dan trofi kemenangan.

Dia yang merupakan pelajar Diploma Rekabentuk Grafik (DRG), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, membuktikan kemahiran dan kecekapannya dengan menggunakan perisian Adobe Creative Cloud terkemuka industri untuk mereka bentuk poster bertajuk ‘Kemahiran Digital Untuk Masa Depan Mampan’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Acestar dan Pengasas Komuniti Awam Kreatif, Natalie Sit, kualiti peserta tahun ini dilihat sangat tinggi dan mereka juga menunjukkan dengan jelas pemahaman tentang prinsip reka bentuk serta keupayaan untuk melaksanakan bakat artistik dalam menjawab dengan ringkas.

“Kami benar-benar kagum dengan hasil bertaraf profesional yang telah dicapai para peserta dalam masa lapan jam sahaja.

“Ini membuktikan bahawa mereka boleh mengikut arahan pelanggan dengan mengaplikasikan kedua-dua kebolehan reka bentuk semula jadi dan kemahiran Adobe yang mereka miliki,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan dunia berlangsung pada 28 hingga 31 Julai lalu yang menyaksikan penyertaan pelajar berumur 13 hingga 22 tahun seluruh dunia menampilkan kemahiran masing-masing.

Ikuti temu bual bersama adik Izzul Zafran dalam artikel seterusnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp