Pelajar UPSI yang terkorban dalam nahas jalan raya di JRTB berhampiran Tasik Banding boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.
Pelajar UPSI yang terkorban dalam nahas jalan raya di JRTB berhampiran Tasik Banding boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.

Pelajar UPSI terlibat nahas syahid akhirat - Timbalan Mufti Perak

12 Jun 2025 12:01pm

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, status tersebut merujuk kepada pandangan para ulama yang menyatakan bahawa kematian seseorang dalam perjalanan menuntut ilmu dan bukan berpunca daripada kecuaian sendiri, dikira sebagai mati syahid akhirat.

Menurutnya, terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ulama berhubung kematian akibat kemalangan jalan raya, namun ia bergantung kepada faktor punca kejadian sama ada disebabkan kecuaian sendiri atau sebaliknya.

Zamri
Zamri

"Ulama berpendapat bahawa kematian seorang penuntut ilmu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, yang bukan berpunca daripada kecuaiannya dan berada dalam perjalanan untuk tujuan menuntut ilmu, boleh dikiaskan sebagai mati syahid akhirat.

"Ini sebagaimana orang yang meninggal dunia akibat tertimbus bangunan atau lemas. Dalam kes tragedi kemalangan membabitkan pelajar UPSI ini, mereka termasuk dalam kategori mati yang bukan disebabkan kecuaian sendiri," katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, Zamri turut menggesa agensi berkaitan yang menguruskan prasarana jalan, keselamatan kenderaan, etika pemanduan serta langkah-langkah perlindungan penumpang agar menyemak semula prosedur dan peraturan sedia ada sebagai ikhtiar mengekang kejadian serupa daripada berulang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kejadian menyayat hati itu berlaku hanya beberapa hari selepas nahas membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sekali gus menimbulkan keperluan agar aspek keselamatan jalan raya diberi perhatian serius.

*WARTAWAN: SAIFULLAH AHMAD

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp