Peserta Synergy Mastery Bootcamp: Elevate Your Potential mengikuti aktiviti mencabar sepanjang program berlangsung.
Peserta Synergy Mastery Bootcamp: Elevate Your Potential mengikuti aktiviti mencabar sepanjang program berlangsung.

Pembentukan sahsiah diri di Sungkailand

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 May 2024 11:13am

Seramai 35 pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak mengikuti Synergy Mastery Bootcamp: Elevate Your Potential di Sungkailand, Sungkai, Perak baru-baru ini.

Program yang dikendalikan empat fasilitator iaitu Ts Dr Azuin Ramli, Dr Mazlina Alang Othman, Mazziyatol Farizza Mat dan Dr Rufaizal Che Mamat bertujuan memperkukuhkan diri pelajar sebelum mereka menjalani Work-Based Learning (WBL), dengan memberi tumpuan kepada pembentukan sahsiah diri, kepimpinan dan ketahanan mental.

Selain itu, ia berobjektif melahirkan graduan berciri holistik yang bukan sahaja kompeten dalam aspek teknikal tetapi juga mempunyai sikap kepimpinan, proaktif dan berkomunikasi dengan baik.

Difahamkan, WBL merupakan kerjasama strategik bersama rakan industri ke arah meningkatkan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) seterusnya membangunkan sumber manusia negara yang dapat memenuhi permintaan industri.

No Image Caption

Sementara itu, sepanjang program berlangsung, peserta telah menjalani beberapa aktiviti yang mencabar.

Antara dilakukan mereka adalah Team Building, Design Thinking Games, Jungle Tracking dan Discover Sungkailand, Explore Jurassic Park dan River Tracking.

Sebelum itu, Synergy Mastery Bootcamp: Elevate Your Potential merupakan salah satu program Young Engineer Technologist Bootcamp.

Artikel Berkaitan:

Turut berada dalam program tersebut adalah Innovations In Virtual Reality And 3D Modelling: A Project Exhibition, Tech Talk dan An Engineering Technologist Townhall.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp