UiTM Kickstart: International Student Empowerment 2024 memberi peluang kepada pemimpin pelajar meningkatkan pelbagai kemahiran dan kefahaman mereka terhadap isu global dan budaya berbeza.
UiTM Kickstart: International Student Empowerment 2024 memberi peluang kepada pemimpin pelajar meningkatkan pelbagai kemahiran dan kefahaman mereka terhadap isu global dan budaya berbeza.

Pemimpin pelajar UiTM timba ilmu dan pengalaman di Istanbul

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Aug 2024 05:50pm

Menyertai program antarabangsa mendorong pemimpin pelajar untuk keluar dari zon selesa di mana mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan dalam mengatasi cabaran di peringkat global.

Sebagai contoh, penyertaan 48 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam, Selangor ke Istanbul, Turkiye dilihat membantu mereka menimba pembelajaran unik dan bermakna serta memperkayakan pengetahuan tentang isu-isu global dan budaya berbeza.

Pemergian mereka ke Istanbul bersama-sama ahli Persatuan Tumbuh Insan (TUMBUH) dan Istanbul Sahabbatin Zaim University (IZU) untuk penganjuran program UiTM Kickstart: International Student Empowerment 2024.

Pengarah Program, Alya Ellyana Zulkarnain berkata, UiTM Kickstart International Student Empowerment 2024 menyediakan pengisian berimpak sepanjang berada di sana.

Katanya, antara yang disediakan adalah forum Global Student Synergy: Bridging Through Continents yang memfokuskan pemahaman rentas budaya, penyelidikan, inovasi dan pemerkasaan sistem tadbir pelajar yang lebih berkesan.

No Image Caption

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada peserta mempelajari sistem kedutaan Malaysia di Turkiye dan memahami hubungan diplomatik antara kedua-dua negara menerusi kunjungan hormat pelajar ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Republik Turkiye.

“Program berimpak tinggi ini pastinya memberikan pengalaman berharga kepada para peserta di samping memperkasa kepimpinan melalui pengucapan awam, pertukaran budaya dan kebolehan mewujudkan hubungan yang baik antara pemimpin UiTM dan IZU.

Artikel Berkaitan:

“Saya yakin, semua pemimpin pelajar memperoleh banyak ilmu baharu lebih-lebih lagi berkaitan diplomasi dan kebudayaan,” ujarnya.

Sementara itu, Alya Ellyana merakamkan penghargaan kepada semua penaja atas bantuan dan sokongan yang diberikan sehingga UiTM Kickstart: International Student Empowerment 2024 berjalan lancar.

No Image Caption

"Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia, Pejabat Menteri Besar Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, Kementerian Komunikasi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, THB Maintenance Sdn. Bhd, Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd dan Syarikat Belati Wangsa Sdn Bhd.

"Sokongan yang diberikan mencerminkan komitmen anda terhadap pembangunan pendidikan dan pembinaan generasi masa depan yang cemerlang," akhiri beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp