Zambry
Zambry

Penceramah kontroversi: Zambry arah UM sedia laporan segera

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
25 Apr 2024 10:51am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius isu mengenai ahli akademik warga asing yang telah mencetus kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat ketika menghadiri program di Universiti Malaya (UM).

Susulan itu, Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengarahkan universiti tersebut membatalkan segera sebarang program dan aktiviti yang membabitkan penceramah berkenaan.

Katanya, UM telah diminta untuk menyiasat perkara itu seterusnya melaporkan segera butiran lanjut.

“Suka saya mengingatkan bahawa setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program dianjurkan.

"Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan.

“Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Sebelum itu, tular di laman X ciapan ahli akademik dari Amerika Syarikat yang juga Profesor Sains Politik di Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley, hadir dalam program akademik di UM telah menyentuh pendirian rakyat dan kerajaan sejak dahulu yang jelas menentang tindakan Israel dan menyokong Palestin sehingga mencetuskan kontroversi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp