Eng Lip (dua dari kanan) menunjukkan MoU yang telah ditandatangani sebagai bukti jalinanan kerjasama dua hala antara Vitagen dan UKM.
Eng Lip (dua dari kanan) menunjukkan MoU yang telah ditandatangani sebagai bukti jalinanan kerjasama dua hala antara Vitagen dan UKM.

Pensyarah UKM dilantik penasihat perubatan Vitagen! Hebat anak Malaysia

MUKHRIZ MAT HUSINMUKHRIZ MAT HUSIN
07 Nov 2024 09:46am

Pelantikan pensyarah penyelidikan gastroenterologi dan perubatan genomik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Norfilza Mohd Mokhtar sebagai penasihat perubatan Vitagen menjadi penanda aras baharu dalam bidang penyelidikan serta advokasi kesihatan usus di negara ini.

Pengurus Besar Vitagen, Poh Eng Lip berkata, pelantikan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara UKM dan Vitagen itu memperlihatkan kolaborasi strategik lebih luas kedua-dua organisasi yang memfokuskan kepada penyelidikan bersama, kempen kesihatan awam serta perundingan pakar.

Menurutnya, kerjasama tersebut terbina berdasarkan penyelidikan berkualiti tinggi yang dijalankan di universiti berkenaan dan diterajui Norfilza bersama seorang lagi pakar bidang sama, Profesor Dr Raja Affendi Raja Ali.

"Kajian perintis mereka yang diterbitkan dalam jurnal tersohor termasuk ‘Frontiers in Psychology, Gut, Nutrients, dan Acta Gastro-Enterologica Belgica’.

"Selain itu, pengiktirafan Norfilza sebagai Tokoh Penyelidik Tahun 2024 baru-baru ini membuktikan sumbangan besar beliau dalam bidang penyelidikan perubatan.

"Kepakaran dan kerja perintis beliau memainkan peranan penting dalam meningkatkan komitmen Vitagen dalam mengintegrasikan pandangan saintifik terkini ke dalam produk serta inisiatif kesihatan untuk kesejahteraan pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Eng Lip, pelantikan Norfilza membuktikan komitmen syarikat jenama susu kultur terkemuka di Malaysia itu terhadap kecemerlangan saintifik dan inovasi bagi mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran.

Eng Lip ketika menandatangani MoU bagi menjalinkan kerjasama strategik antara Vitagen dan UKM.
Eng Lip ketika menandatangani MoU bagi menjalinkan kerjasama strategik antara Vitagen dan UKM.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ketua Pemasaran bagi Cotra Enterprises, Yap Jay Queen, kolaborasi bersama Norfilza dan UKM merupakan detik penting kepada Vitagen dan meningkatkan penglibatan dengan pengguna dengan cara mengintegrasikan penyelidikan terkini ke dalam produk minuman kultur.

"Bukan sahaja akan meningkatkan kedudukan kami dalam pasaran untuk kekal relevan, tetapi juga memacu misi ke hadapan dalam usaha untuk menawarkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada para pengguna,” ulasnya.

Sementara itu, Norfilza menerusi kenyataan sama berkata, pelantikan tersebut membuka peluang menarik untuk menjalinkan hubungan antara penyelidikan terkini dengan penyelesaian kesihatan yang praktikal.

"Kerjasama ini menawarkan platform yang unik untuk menterjemahkan penyelidikan terkini kami kepada penyelesaian praktikal yang dapat memberi manfaat kepada jutaan orang.

"Saya bersemangat untuk berkolaborasi secara rapat dengan rakan penyelidik saya dari Kumpulan Penyelidikan Usus UKM untuk menterjemahkan penyelidikan kami kepada sesuatu yang bermakna untuk para pengguna,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp