Penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (OKU), Zaidi (tengah) bersama ahli keluarganya ketika Sambutan Hari Pekerja 2024 di PICC.
Penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (OKU), Zaidi (tengah) bersama ahli keluarganya ketika Sambutan Hari Pekerja 2024 di PICC.

Pensyarah UTHM dinobat Tokoh Pekerja Negara kategori OKU

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
02 May 2024 03:15pm

“Inilah anugerah terbesar daripada kerajaan selepas hampir 25 tahun berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).”

Demikian kata pensyarah UTHM, Profesor Dr Zaidi Embong selepas menerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara kategori Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Sambutan Hari Pekerja 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Dengan kejayaan itu, beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 termasuk sijil penghargaan.

Zaidi yang menghidap penyakit jarang jumpa, distrofi otot atau muscular dystrophy (MD) berkata, dirinya mendedikasikan hidup untuk mendidik anak bangsa meskipun pergerakan terbatas ekoran penyakit dihidapi sejak 20 tahun lalu.

Difahamkan, beliau sanggup berulang alik sejauh 140 kilometer dengan memandu sendiri kenderaan dari rumah di Ayer Hitam ke UTHM cawangan Pagoh, Johor setiap hari bagi menabur bakti.

"OKU ada kelebihan sendiri dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

"Mereka (OKU) perlu berani dan tingkatkan keyakinan diri, kalau tak pecahkan sifat malu itu, kita berdepan situasi malu bertanya, sesat jalan," katanya yang merupakan profesor fizik gunaan di Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merakamkan ucapan tahniah dan bangganya atas kejayaan Zaidi merangkul Anugerah Tokoh Pekerja Negara (OKU).

Artikel Berkaitan:

Tulisnya di akaun Facebook, setiap inci ilmu dan pengalaman beliau (Zaidi) amat dihargai sekali gus membuktikan tiada yang mustahil untuk dilakukan dan seterusnya menempa kejayaan. Teruskan berbakti untuk ummah dan negara.

No Image Caption

Dalam pada itu, Sinar Bestari tidak ketinggalan menyaksikan pelbagai ucapan tahniah telah diberikan warga maya kepada Zaidi di Facebook.

Berikut antara yang sempat dipetik dan dikongsi kepada semua.

"Setinggi tahniah Prof Dr Zaidi Embong, Panglima Melaka! Memang Mantul pencapaian Prof," tulis Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Datuk Ir Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail.

"Tahniah Prof! Orang hebat, semoga diberi kesihatan yang baik," kata Kamal Ishak.

"Alhamdulillah. Tahniah Prof Zaidi. UTHM proud of you," ujar Halimi Mohd Khalid.

"Heartiest congratulations Prof. I am proud of my master degree supervisor," jelas Sheikh Abdul Wahab.

"Masyaallah very inspired, tahniahhhh Prof," catat Elmy Johana.

"Big congratulations to you Prof Zaidi Embong," ujar Kamarul Zaki.

"Alhamdulillah. Tahniah, OKU yang hebat," kata Hasan Zuhudi Abdullah.

"Tahniah Prof. Bangga oghang Melaka," ujar Wan Nor Munirah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp