Penyelidik UPM cipta produk penyimpanan PPE atasi isu pembaziran
Penyelidik Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan inovasi Medical PPE Smart Box (MORUPM) bagi membantu petugas klinikal menyusun atur peralatan Personal Protective Equipment (PPE) bagi mengatasi masalah pembaziran.
Idea rekaan produk inovasi ini terhasil daripada situasi yang dihadapi oleh penyelia jururawat untuk mendapatkan peralatan PPE di klinik dan juga wad.
Ketua Penyelidik HSAAS, Tc Mohd Morsal Jenal berkata, produk inovasi MORUPM bukan sahaja mengatasi masalah pembaziran tetapi untuk memantau peralatan PPE secara terkawal.
“Produk ini direka khas bagi penggunaan fasiliti hospital. Rekaan produk ini dapat membantu petugas klinikal menyusun atur peralatan PPE dan mengekalkan tahap kebersihan peralatan ini.
“MORUPM turut dilengkapi dengan alat penunjuk suhu, kelembapan dan jam bagi mematuhi piawaian dan mengelakkan serangan kulat.
Tambahnya, produk inovasi ini dihasilkan menggunakan keluli tahan karat bagi memudahkan pembersihan menggunakan bahan alcohol.
Beliau berkata lagi, MORUPM juga adalah inovasi yang dapat membantu menguruskan kecekapan pemakaian dan penggunaan peralatan PPE.