Datuk Seri Ir Chong Ket Pen.
Datuk Seri Ir Chong Ket Pen.

Pertandingan SITE 2023 IUKL lahir mahasiswa, pelajar inovatif

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
27 Feb 2023 10:34am

Pertandingan Inovasi Mampan dan Pameran Teknologi 2023 (SITE 2023) Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) menjadi platform mempamerkan penyelidikan dan inovasi melibatkan mahasiswa IUKL serta pelajar-pelajar Kolej Vokasional.

Pengerusi Eksekutif Protasco Berhad Group Companies, Datuk Seri Ir Chong Ket Pen berkata, melalui pertandingan tersebut, ia dapat menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan mahasiswa dan pelajar-pelajar malah menyediakan saluran terbaik jaringan rangkaian serta perkongsian ilmu kepada hasil penyelidikan yang dipamerkan pada SITE 2023.

“Selain itu, ia memberi pendedahan dalam menyelesaikan pelbagai masalah kompleks kejuruteraan sekali gus menterjemah pemikiran kreatif mereka.

“Setiap mahasiswa dan pelajar-pelajar perlu meneroka kemahiran kreatif inovatif terutama apabila ingin melanjutkan pengajian mereka,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan SITE 2023 di IUKL, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Datuk Seri Ir Chong Ket Pen.
Datuk Seri Ir Chong Ket Pen.

Hadir sama, Presiden dan Naib Canselor IUKL, Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaa'kub; Pengarah Eksekutif IUKL, Lenny Chong Thern Zern; Ketua Kejuruteraan Ahli Geologi Kumpulan IKRAM Sdn Bhd, Mohd Fairuz Mohamed Isa dan Pengarah Kolej Vokasional Lebuh Cator, Harith Abdul Rahman.

SITE 2023 melibatkan kira-kira 400 peserta terdiri daripada mahasiswa IUKL dan pelajar-pelajar Kolej Vokasional.

Dalam pada itu, Noor Inayah menjelaskan, penganjuran SITE 2023 merupakan satu gabung jalin universiti bertaraf infrastruktur yang menawarkan program-program profesional bersama pelajar-pelajar kolej vokasional.

Artikel Berkaitan:

Tuturnya lagi, pertandingan tersebut bersesuaian dengan salah satu teras IUKL, melahirkan graduan kompeten dalam inovasi dan keusahawanan.

“Fakulti Kejuruteraan, Sains dan Teknologi IUKL menghimpun warga kolej vokasional dan IUKL tahun akhir dalam satu pertandingan untuk demonstrasi pengetahuan yang dipelajari melalui bentuk inovasi.

“IUKL berharap para pelajar kolej vokasional yang terlibat mendapat pendedahan mengenai frasarana dan permintaan industri peringkat global,” ujarnya.

Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaa'kub.
Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaa'kub.

Sementara itu, Muhammad Izzulhakimin Zamri dan Muhammad Hakimi Mohamad Daud dari Kolej Vokasional Seri Manjung, Perak, melahirkan rasa teruja apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah istimewa (Special Award).

Mereka yang masing-masing berusia 20 tahun membangunkan inovasi sistem fotovoltan mudah alih menggunakan kuasa solar.

“Kami mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menyiapkan inovasi ini. Sistem fotovoltan mudah alih merupakan penukaran tenaga daripada cahaya matahari kepada tenaga elektrik.

“Inovasi berkenaan dapat memberi kemudahan apabila ingin menggunakan tenaga elektrik secara mudah alih malah ia mampu bertahan sehingga 50 minit,” kata Muhammad Izzulhakimin.

Dia memberitahu, penglibatan dalam pertandingan tersebut membuka peluang mengetahui mengenai kemudahan infrastruktur bertaraf antarabangsa di IUKL.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp