Rayyan Rizqin (kanan) dan Safiyyah Puteri (kiri) dinobat murid terbaik keseluruhan UPSRA Wilayah Persekutuan pada Jumaat.
Rayyan Rizqin (kanan) dan Safiyyah Puteri (kiri) dinobat murid terbaik keseluruhan UPSRA Wilayah Persekutuan pada Jumaat.

Rayyan Rizqin dan Safiyyah Puteri terbaik UPSRA 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
15 Dec 2023 05:13pm
A
A
A

Dua murid Tahun Enam dari Sekolah Rendah Agama Mahmoodiah, Putrajaya dan Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (SIRAJ) Saidina Uthman bin Affan, Kuala Lumpur dinobatkan terbaik keseluruhan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2023.

Murid cemerlang yang dimaksudkan ialah Muhammad Rayyan Rizqin Ahmad Fitri (kategori lelaki) dan Safiyyah Puteri Azwan (kategori perempuan).

Keputusan itu dibaca oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail dalam Majlis Pengumuman UPSRA di Dewan Masjid Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut Ajib, seramai 8,711 calon telah mendaftar bagi menduduki UPSRA tahun ini.

Ajib
Ajib

“Daripada jumlah itu, seramai 295 calon memperoleh sembilan Mumtaz; 305 calon (lapan Mumtaz) dan 330 calon (tujuh Mumtaz).

"Institusi terbaik keseluruhan bagi UPSRA 2023 ialah SIRAJ Saidina Uthman bin Affan dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.39,” ujarnya.

Untuk keseluruhan peringkat Wilayah Persekolahan, Ajib berkata, calon UPSRAnya terdiri daripada 423 calon SIRAJ; 4,747 Sekolah Rendah Agama (SRA); 3,095 dari Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) serta 446 calon sekolah-sekolah swasta berdaftar dengan Jawi.

Artikel Berkaitan:

"Konsep pentaksiran UPSRA merangkumi amali, penilaian lisan atau syafawi dan Penilaian Berasaskan Projek (PBS).

"Ujian ini menjadi indikator penting bagi mengukur kemenjadian murid segenap aspek sekali gus menjadi nilai tambah dalam proses pemilihan murid kemasukan ke sekolah menengah setiap tahun,” ulasnya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok