No Image Caption

Pertanian gaya baharu bantu warga bandar

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
08 Aug 2023 07:15pm
A
A
A



Indeks Keselamatan Makanan Global 2022 oleh Economist Impact menyatakan bahawa Malaysia menduduki tempat ke- 41 di peringkat global dalam keselamatan makanan dan dua di Asia Tenggara berikutan pandemik Covid-19.

Ia bermakna, negara amat bergantung kepada import makanan asas bagi memenuhi permintaan rakyat dan industrinya sehingga Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan kos keseluruhan berjumlah sebanyak RM482.8 bilion sejak 10 tahun lalu.

Berusaha ke arah penyelesaian isu tersebut, Taylor s University mewujudkan Taylor s Urban Farm (TUF) yang berkeluasan satu ekar untuk menjalankan kajian mengenai transformasi teknologi makanan sebagai peranan bagi meningkatkan keseluruhan pemakanan dan kelestarian bekalannya Malaysia menjelang 2030.

Timbalan Naib Canselor, Profesor Dr Pradeep Nair berkata, TUF menempatkan lebih 20 jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan herba melalui tiga sistem penanaman yang berbeza iaitu Vertical Towers, Grow Beds dan Autopots.

Bagi menyokong amalan lestari, ladang bandar tersebut melaksanakan sistem gelung tertutup yang mengurangkan pergantungan kepada input luaran dan mengukuhkan kitaran nutrien menerusi kitar semula air untuk menanam tumbuhan.

No Image Caption



Jelas beliau, setiap tahun ladan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menanam dan menuai jumlah keluaran lebih daripada 4,000 kilogram (kg) hasil segar, organik dan bebas peracun rosak.

Tambahnya, sistem tersebut meminimumkan bahan larian seperti racun perosak dan baja daripada mencemari air bawah tanah dan sumber air permukaan tidak seperti pertanian tradisional.

Artikel Berkaitan:


No Image Caption



Ladang itu adalah separa automatik melalui penggunaan sistem Internet of Things (IoT) Nido One yang tepat kerana boleh mengawal dan mengesan secara automatik beberapa faktor dalam sistem penanaman hidroponik seperti tahap pH air, larutan nutrien, parameter iklim suhu serta kelembapan.

“Teknologi dan inovasi yang ada serta komitmen kami terhadap pembelajaran berteraskan tujuan ditambah pula dengan kerjasama pelbagai disiplin dalam institusi kami.

“Ia meletakkan kami dalam kedudukan utama untuk menjadi pemain utama dalam penanaman, penguatan dan pemudahcaraan perdebatan dan aktivisme yang boleh mempengaruhi sistem makanan.

“Kami boleh memainkan peranan untuk meningkatkan keseluruhan pemakanan dan kelestarian bekalan makanan Malaysia menjelang 2030,” katanya ketika sidang media pada Selasa.

No Image Caption



Ulasnya, kaedah tersebut sangat efektif kerana ia boleh diaplikasikan dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan padat dan bandar besar.

“Mulai Mac tahun hadapan, pihak Taylor s College akan turun padang ke kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi memberikan penerangan dan perkongsian tentang kaedah berkenaan.

“Sasaran yang kita harapkan adalah generasi muda dari sana yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40),” kata beliau semasa sidang media pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Biosains Taylor s College, Profesor Madya Dr Phelim Yong membayangkan yang TUF sebagai makmal hidup pelbagai disiplin yang akan memanfaatkan kakitangan kampus dan pelajar.

“Melalui pengalaman ini, pelajar akan mendapat pengetahuan pratikal dalam amalan pertanian bandar yang mampan bukan sahaja menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar tetapi juga menggalakkan keishatan awam dan menyokong komuniti tempatan,” ujarnya.

Secara keseluruhannya, 80 peratus daripada hasil yang ditanam di TUF akan dibekalkan ke dapur akademik universiti, membolehkan pelajar dari Institut Kulinari Taylor's dengan Pusat Pengajian Makanan dan Gastronomi mengakses bekalan segar serta berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan herba yang ditanam dalam kampus yang sama.

Pelajar dapat mengetahui tentang amalan hijau yang mementingkan sosial, cara mendapatkan bahan, menjalankan penilaian deria, memenuhi keperluan pelanggan dengan keperluan pemakanan yang berbeza.

Ia seterusnya memperkasakanı mereka untuk mencipta pengalaman makan ‘dari ladang ke garpu’ yang luar biasa sepanjang perjalanan akademik mereka dan kerjaya masa depan dalam industri kulinari serta hospitaliti.

TUF adalah sebahagian daripada Makmal Impak Keselamatan Makanan dan Nutrisi yang bertujuan untuk menamatkan kebuluran, ketidakamanan makanan, dan kekurangan zat makanan.

Secara keseluruhannya, Taylor's telah memperkenalkan 13 Impact Labs di mana ahli akademik, pelajar, dari rakan kongsi luar bekerjasama untuk menyampaikan penyelesaian yang menyumbang kepada kemakmuran bersama komuniti, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok