Skuad petanque UiTM terus mendominasi arena kebangsaan apabila unggul pada temasya SUKANUN 2025.
Skuad petanque UiTM terus mendominasi arena kebangsaan apabila unggul pada temasya SUKANUN 2025.

Petanque UiTM konsisten, emas tiga kejohanan berturut-turut

ZURAIMEE ZAINALZURAIMEE ZAINAL
12 Sep 2025 10:10pm

Konsistensi menjadi kunci kejayaan apabila pasukan petanque Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus mendominasi arena kebangsaan selepas merangkul emas pada temasya Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2025 yang menutup tirai di Gelanggang Petanque UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar pada Jumaat.

Lebih manis, kejuaraan itu melengkapkan rekod cemerlang UiTM yang berjaya menuai emas dalam tiga kejohanan besar berturut-turut bermula di Sukan Pantai Badan Berkanun (SUPANUN), diikuti Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) dan kini SUKANUN.

Pengurus pasukan, Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria menyifatkan pencapaian itu sebagai luar biasa hasil daripada perancangan rapi dan strategi mantap jurulatih utama, Syed Ali.

"Pasukan kita sentiasa konsisten dari satu kejohanan ke satu kejohanan. Kejayaan kali ini membuktikan bahawa kerja keras atlet, sokongan pengurusan dan percaturan jurulatih berada di landasan yang tepat," katanya.

No Image Caption

Dalam aksi akhir kategori lelaki, UiTM mengekalkan status juara selepas menundukkan Universiti Sains Malaysia (USM) manakala pasukan wanita pula berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kategori lelaki menyaksikan 15 pasukan berentap dari pelbagai agensi badan berkanun manakala sembilan pasukan bersaing dalam kategori wanita.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan empat hari ini berlangsung meriah dengan sokongan padu penyokong dan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan peserta.

 

Ringkasan AI

  • Konsistensi pasukan petanque UiTM membawa mereka mendominasi arena kebangsaan dengan merangkul emas di SUKANUN 2025
  • Pasukan UiTM berjaya meraih emas dalam tiga kejohanan besar berturut-turut
  • Pencapaian luar biasa disampingi perancangan rapi dan strategi mantap jurulatih utama
  • Pasukan lelaki UiTM mengekalkan status juara dengan menundukkan USM, pasukan wanita meraih perak selepas tewas oleh UPM
  • Kejohanan dihadiri 15 pasukan lelaki dan sembilan pasukan wanita dengan sokongan padu penyokong
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp