No Image Caption

Program Bakti Siswa perkasa komuniti

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Jun 2024 02:31pm

Penglibatan warga Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam Program Bakti Siswa di Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya, Ipoh, Perak berobjektif melahirkan graduan yang holistik dan mesra rakyat.

Seramai 60 pelajar dan pensyarah PUO telah menyertai Bakti Siswa yang dilaksanakan dalam dua fasa.

Fasa pertama melibatkan 30 pelajar Wataniah PUO bimbingan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Mohd Nazrin.

Mereka ditugaskan mengecat bilik darjah di SK Wira Jaya bersama warga guru pada Februari 2024.

Manakala fasa kedua pula membabitkan 30 pelajar yang dibimbing pensyarah Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Sistem Rangkaian Bekalan), Khairul Nizad Panior yang telah mereka bentuk, fabrikasi dan memasang mercu tanda sekolah sekitar Mei dan Jun 2024.

Proses pembinaan mercu tanda ini memberi peluang kepada pelajar politeknik berbakti kepada masyarakat dengan menggunakan ilmu kejuruteraan yang dipelajari di kampus dan diterjemahkan melalui hasil sebenar.

No Image Caption

Terdahulu, Program Bakti Siswa menekankan kepentingan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran pemikiran kritis serta penyelesaian masalah dalam kalangan sukarelawan.

Artikel Berkaitan:

Ia juga memberi impak positif kepada peserta dengan meningkatkan kesedaran mereka tentang tanggungjawab sosial dan kepentingan memberi sumbangan kepada komuniti.

Melalui aktiviti-aktiviti sebegini, pelajar bukan sahaja dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas, tetapi juga membina hubungan lebih erat dengan masyarakat setempat.

No Image Caption

Sementara itu, satu Majlis Menandatangani Sijil Jalinan PUO dan SK Wira Jaya telah diadakan sempena Perasmian Mercu Tanda SK Wira Jaya 2024 baru-baru ini.

Majlis yang diadakan dengan tujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara PUO dan SK Wira Jaya dihadiri pelbagai pihak antaranya Pengarah PUO, Dr Shamsuri Abdullah bersama wakil-wakil PUO, warga sekolah dan komuniti setempat.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp