Mohd Al Farid (dua dari kiri) menerima sijil penghargaan dalam Program Laluan Kerjaya Profesional STEM: Geologi baru-baru ini.
Mohd Al Farid (dua dari kiri) menerima sijil penghargaan dalam Program Laluan Kerjaya Profesional STEM: Geologi baru-baru ini.

Program Laluan Kerjaya STEM buka peluang pelajar MRSM Ranau teroka bidang Geologi & Geosains

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 Oct 2025 02:00pm

Seramai 329 pelajar aliran Sains Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau, Sabah menyertai Program Laluan Kerjaya Profesional STEM: Geologi, sebagai usaha memupuk minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program berimpak tinggi itu dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama SGS Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah, Institut Geologi Malaysia (IGM) serta Society of Petroleum Engineers (SPE).

Menurut Dekan FST UMS, Profesor Ts Gs Dr Rodeano Roslee, program tersebut memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai prospek kerjaya dalam bidang STEM khususnya dalam bidang Geologi dan Geosains yang semakin penting dalam pembangunan negara.

"Kehadiran ahli akademik berpengalaman dan jaringan strategik antara universiti, industri dan agensi kerajaan mampu melonjakkan minat pelajar terhadap bidang sains serta teknologi.

No Image Caption

"FST UMS komited menyediakan pendidikan berkualiti tinggi sejajar dengan keperluan industri serta perkembangan semasa dalam bidang geosains," katanya dalam ucapan perasmian yang disampaikan Pensyarah Kanan FST, Dr Mohd Al Farid Abraham.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah, Jenneth @ Liliana Cyril dan turut dihadiri Pengurus SGS Sabah, Khairee M Saad; Pengetua MRSM Ranau, Ismail Badri; Pengerusi SPE, Amir Sani Bak serta wakil IGM Sabah Chapter, Dr Ahmad Khairut Termizi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Rodeano turut melahirkan harapan agar program seumpama ini menjadi platform penting dalam membina kesedaran awal pelajar mengenai kerjaya masa hadapan.

"Diharapkan pendedahan seperti ini dapat menyemai minat pelajar terhadap bidang STEM dan melahirkan generasi profesional yang inovatif, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran global," ujarnya.

 

 

Ringkasan AI

  • Seramai 329 pelajar MRSM Ranau, Sabah menyertai Program Laluan Kerjaya Profesional STEM: Geologi
  • Program ini dianjurkan bersama oleh UMS, SGS Sabah, JMG Sabah, IGM dan SPE
  • Tujuan program ialah memupuk minat pelajar dalam STEM, khususnya Geologi dan Geosains
  • Pendedahan awal kepada prospek kerjaya dalam bidang STEM ditekankan
  • Program ini diharapkan dapat melahirkan generasi profesional yang inovatif dan berdaya saing
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp