Dr Mohd Shukri (tengah) bersama rakan industri yang terlibat dalam majlis pertukaran MoU pada MSU Career and Lifelong Learning Education Fair 2025.
Dr Mohd Shukri (tengah) bersama rakan industri yang terlibat dalam majlis pertukaran MoU pada MSU Career and Lifelong Learning Education Fair 2025.

MSU kukuhkan laluan kerjaya

Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawar dalam MSUCEF 2025

25 Aug 2025 01:40pm

Management and Science University (MSU) meneruskan komitmen melahirkan graduan berkualiti melalui penganjuran MSU Career and Lifelong Learning Education Fair 2025 (MSUCEF 2025) di kampus induk Shah Alam, baru-baru ini.

Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan melibatkan lebih 100 organisasi terkemuka, sekali gus membuka laluan terbaik kepada graduan dan pelajar tahun akhir untuk menimba pengalaman serta memulakan kerjaya.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid. Turut hadir barisan pengurusan tertinggi universiti, wakil organisasi, pempamer dan para pelajar.

MSUCEF 2025 menampilkan dua platform iaitu reruai fizikal dan portal dalam talian JobMatch.

Antara organisasi terlibat termasuk Proton, Bank Simpanan Nasional (BSN), FWD Takaful, Manulife Insurance, Prudential BSN Takaful, Zurich Takaful, Banyan Tree Kuala Lumpur, Pavilion Hotel, Ormond Group, HomePro Malaysia, Alpro Pharmacy, Toshiba Tec Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, TalentCorp, HRD Corp, Perkeso, JobStreet by SEEK, Talentbank serta Zeneration.

Majlis turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara MSU dengan enam organisasi antaranya Madani Research Centre, EYTC Group, Busy Bees Asia, Kiddocare serta dua sekolah kebangsaan.

Selain itu, sesi ceramah kerjaya dan perkongsian ilmu berlangsung melibatkan agensi seperti HRD Corp, Angkatan Tentera Malaysia, Kiddocare, Ormond Group dan FWD Takaful.

Kerjasama erat MSU bersama lebih 3,000 rakan industri melalui University Industry Advisory Panel (UIAP) telah menyumbang kepada kualiti pengajian yang relevan dengan keperluan semasa, sekali gus melahirkan graduan seimbang, holistik dan kompeten.

Artikel Berkaitan:

Menurut Kajian Pengesanan Graduan 2024 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), MSU mencatat kadar kebolehpasaran graduan (GM) 99.7 peratus dan kadar bekerja graduan (GE) 99 peratus, antara tertinggi di Malaysia.

Pencapaian ini turut disahkan dengan pengiktirafan Talentbank melalui The National Graduate Employability Index yang menobatkan MSU sebagai The Employers Choice of University 2025.

Selain itu, kerjasama pintar dengan Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) dan Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) memperkukuh ekosistem TVET.

Ia melayakkan MSU menerima pengiktirafan sebagai Malaysia’s Best University (TVET Education) META 2023 serta The Employers’ Choice of Universities 2025.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp