Program yang berlangsung di Masjid UPM bertujuan melatih pemikiran mesra komuniti digital kepada pelajar berusia 10 hingga 16 tahun, selain menangani isu kesihatan mental berkaitan buli siber dan gangguan atas talian.
Program yang berlangsung di Masjid UPM bertujuan melatih pemikiran mesra komuniti digital kepada pelajar berusia 10 hingga 16 tahun, selain menangani isu kesihatan mental berkaitan buli siber dan gangguan atas talian.

Project RAT: Mahasiswa UiTM pimpin belia celik digital & bebas buli siber

26 Dec 2025 02:29pm

Komitmen mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dalam memperkasakan keselamatan komuniti digital terbukti melalui penganjuran program Project Respect All Types (Project RAT) baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 22 Disember lalu bertujuan melatih pemikiran mesra komuniti digital kepada pelajar berusia 10 hingga 16 tahun, selain menangani isu kesihatan mental berkaitan buli siber dan gangguan atas talian.

Inisiatif ini disepadukan bersama Kem Anak Soleh Bijak Bestari 2025 melalui kerjasama strategik dengan Tabung Haji dan Pusat Islam UPM, menjadikan program lebih menyeluruh dan bermanfaat.

No Image Caption

Menurut Ketua Project RAT, Izz Naufal Fitri Imran Ariff, mahasiswa digalakkan menjadi ejen perubahan yang memahami undang-undang serta mampu memimpin komuniti untuk berinteraksi secara selamat dan beretika di dunia digital.

Manakala Pengarah Pusat Islam UPM, Zuhaimi Abdul Rahim, yang merasmikan program itu, menyifatkan kolaborasi tersebut sebagai langkah holistik dalam membentuk sahsiah digital belia.

Terdahulu, Project RAT turut mendapat suntikan kepakaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui ASP Nur Idaastuti Hashim, yang membincangkan implikasi perundangan buli siber.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sokongan media daripada HotFM juga membantu menyebarkan mesej empati digital ke seluruh negara, sementara penglibatan badan bukan kerajaan seperti Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA) dan SAPOT memainkan peranan penting dalam memupuk advokasi kesihatan mental khususnya di ruang siber.

Usaha Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) membuktikan keupayaan mahasiswa UiTM dalam menerajui agenda Tanggungjawab Sosial Universiti (USR), selaras dengan matlamat melahirkan generasi belia celik digital, berintegriti dan beretika.

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

 

Ringkasan AI

  • Komitmen mahasiswa UiTM dalam memperkasakan keselamatan komuniti digital melalui penganjuran Project RAT
  • Program ini bertujuan melatih pemikiran mesra komuniti digital kepada pelajar muda dan menangani isu kesihatan mental berkaitan buli siber
  • Kerjasama strategik dengan Tabung Haji dan Pusat Islam UPM meningkatkan keberkesanan program
  • Mahasiswa digalakkan menjadi ejen perubahan dalam interaksi yang selamat dan beretika di dunia digital
  • Sokongan dari PDRM, media dan badan bukan kerajaan memperkukuh usaha advokasi kesihatan mental dan empati digital
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp