Pasukan PUO cipta sejarah, bawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 menerusi dua projek dibangunkan mereka.
Pasukan PUO cipta sejarah, bawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 menerusi dua projek dibangunkan mereka.

RM15,000 milik Politeknik Ungku Omar

ROSHLAWATY MD RAIEH
22 Jan 2024 01:25pm
A
A
A

Dua pasukan Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak melakar kejayaan besar dalam pertandingan akhir GreenCity AR iPad Challenge: Shaping Sustainable Urban Cities, di AnCasa Hotel Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Pasukan PUO yang diwakili Greenscape City dan Polycity Builders, dinobatkan tempat kedua dan ketiga dengan hadiah kemenangan berjumlah RM9,000 dan RM6,000.

Greenscape City diketuai Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Nordiana Mohd Nordin mengetengahkan projek Pioneering Sustainable Urban Living manakala Polycity Builder di bawah bimbingan Noor Farhana Alias menampilkan projek Labu Sayong Eco City.

No Image Caption

Terdahulu, GreenCity AR iPad Challenge: Shaping Sustainable Urban Cities dianjurkan UDA Holdings Berhad bersama Apple Professional Learning Malaysia dan UKM Pakarunding.

Sebanyak 47 kumpulan yang mewakili 25 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah menyertai pertandingan berkenaan.

Bagaimanapun, hanya beberapa sahaja terpilih ke peringkat akhir antaranya PUO, Universiti Malaya dan Kolej Matrikulasi Kelantan.

Sementara itu, Pioneering Sustainable Urban Living dari Greenscape City adalah projek yang bertujuan mewujudkan ruang bandar lestari di Bandar Tun Hussein.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ahli kumpulan telah mencadangkan reka bentuk peredaran multi-split terpusat, mengoptimumkan pencahayaan semula jadi, ventilasi dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.

Bandar ini direka bentuk menggunakan konsep Central Water Channel yang berfungsi sebagai teknologi anti banjir, dilengkapi landskap hijau, sistem BRT dan sistem keselamatan drone yang canggih.

GreenScape City ialah gaya hidup untuk menjadikan bandar lebih selamat, berdaya tahan dan kekal lestari.

Seterusnya, Labu Sayong Eco City yang dihasilkan kumpulan Polycity Builder pula adalah projek pembangunan bandar mampan yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

No Image Caption

Ia mempunyai tasik buatan manusia, LRT monorel, kawasan konservasi flora fauna dan idea-idea teknologi hijau seperti penggunaan panel fotovoltaik di kawasan perumahan dan turbin angin pada lampu jalan.

Projek ini berobjektif mempromosikan kelestarian bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

INFO

Senarai nama penuntut PUO yang menyertai pertandingan mengikut kumpulan.

Kesemuanya merupakan penuntut dari tiga jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan.

No Image Caption

Kumpulan Greenscape City

1) Muhammad Arafat Mohd Zam

2) Lam Xin Yi

3) Muugesh Rao Nages Rao

4) Muhammad Azlan Barhanuddin

5) Zulfarhanum Aqlily Zulkifly

6) Sriraam Ramayah

No Image Caption

Kumpulan Polycity Builders

1) Aiman Daniel Muhammad Hussain

2) Cheah Kai Liang

3) Muhammad Fahim Aminuddin

4) Nur Irdina Hafidzal

5) Muhammad Aiman Mohd Azmi

6) Aimi Khairin Mohd Rodzi

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok