Hsien Wang (kiri) dan Azilah (kanan) bersama anugerah selepas majlis eUsahawan dan Gig Appreciation Night 2024, Kuala Lumpur pada Selasa.
Hsien Wang (kiri) dan Azilah (kanan) bersama anugerah selepas majlis eUsahawan dan Gig Appreciation Night 2024, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pensyarah, pelajar PUO rangkul anugerah eUsahawan MDEC 2023

NURBAYA ABDUL REZAK
21 Feb 2024 11:17am
A
A
A

Buat julung kalinya, pelajar dan pensyarah Politeknik Ungku Omar (PUO) mendapat pengiktirafan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

MDEC dalam majlis eUsahawan dan Gig Appreciation Night 2024, Kuala Lumpur pada Selasa lalu, telah menganugerahkan pelajar semester enam, Diploma Pengajian Perniagaan PUO, Lee Hsien Wang dengan Anugerah Pencapaian Tertinggi eUsahawan (High Achiever Award) 2023.

Manakala pensyarah dari Jabatan Perdagangan PUO, Azilah Ismail memperoleh tempat ketiga bagi Anugerah eUsahawan Best TVET Lecturer bagi tahun 2023.

PUO dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya berbesar hati dengan penganugerahan itu sekali gus kekal komited menyediakan tenaga pakar berkemahiran dalam melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) berkualiti dan berciri usahawan serta mampu memberi sumbangan kepada kemampanan ekonomi negara.

Untuk rekod, penganugerahan itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada pemegang taruh dan para pensyarah dalam program eUsahawan serta Global Online Workforce (GLOW) sepanjang tahun 2022/2023.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok