Menerusi pengiktirafan itu, Dr Thachnatharen menjadi individu pertama di negara ini yang melakar pencapaian kurikulum luar biasa.
Menerusi pengiktirafan itu, Dr Thachnatharen menjadi individu pertama di negara ini yang melakar pencapaian kurikulum luar biasa.

Saintis Ketenteraan UPNM rangkul anugerah akademik tertinggi peringkat Sarjana Muda, Sarjana & PhD. Luar biasa!

19 Dec 2025 04:27pm

Malaysia menyaksikan satu detik bersejarah dalam dunia akademik apabila Saintis Ketenteraan dan Penyelidik Pascadoktoral, Kapten Ts Dr Thachnatharen Nagarajan meraih pengiktirafan akademik tertinggi di ketiga-tiga peringkat universiti iaitu Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD).

Menerusi pengiktirafan itu, beliau yang juga pegawai tentera di Rejimen 508, Kem Rasa, Seremban, Negeri Sembilan, menjadi individu pertama di negara ini yang melakar pencapaian kurikulum luar biasa.

Menurut kenyataan media yang dikirimkan kepada Sinar Bestari, anugerah yang diraih sempena Istiadat Konvokesyen Ke-15 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu terdiri daripada Anugerah Pelajaran Diraja (peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maritim (Kelas Pertama); Anugerah Sarjana Cemerlang Tuanku Canselor (Ijazah Sarjana dalam Nanoteknologi (Kecemerlangan) dan Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor (PhD dalam Kimia (Nanoteknologi).

Malah, pencapaian unggul ini secara tidak langsung menjadikan Dr Thachnatharen sebagai Pemegang Pingat Emas Universiti Tiga Kali Pertama Malaysia, menandakan satu kejayaan yang belum pernah direkodkan dalam landskap pendidikan tinggi negara.

No Image Caption

"Selain cemerlang akademik, Dr Thachnatharen juga telah menerbitkan 24 artikel jurnal antarabangsa, memegang satu paten, berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi MyCULTURE Malaysia (NGO) serta dikenali sebagai penceramah motivasi yang telah melatih belia di seluruh negara.

"Beliau kini berkhidmat sebagai Penyelidik Pascadoktoral di Universiti UCSI, dengan fokus kepada nanoteknologi, bahan MXene, nanohibrid antimikrob dan sains pelinciran canggih,” maklum kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Pencapaian hebat beliau dalam dunia akademik turut menarik perhatian Malaysia Book of Records (MBOR), yang kini sedang menjalankan pengesahan bagi pengiktirafan nasional berpotensi.

No Image Caption

Kata Dr Thachnatharen, kecemerlangan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu daripada keluarga, mentor dan rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan.

"Saya dedikasikan pencapaian ini kepada keluarga, mentor dan generasi masa depan Malaysia.

"Misi saya adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang supaya mampu melampaui batasan diri. Setiap pelajar berpotensi mencapai kecemerlangan jika berani berusaha dan tidak mudah putus asa," ujarnya.

No Image Caption

Dengan kejayaan bersejarah ini, Dr Thachnatharen menetapkan penanda aras baharu kecemerlangan kurikulum di Malaysia, sekali gus memberi inspirasi kepada ribuan belia negara untuk mengejar kecemerlangan dalam pendidikan dan sains.

Ringkasan AI

  • Malaysia menyaksikan detik bersejarah dalam dunia akademik dengan pencapaian Kapten Ts Dr Thachnatharen Nagarajan
  • Beliau menjadi individu pertama di Malaysia yang meraih pengiktirafan akademik tertinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD
  • Thachnatharen menerima Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Sarjana Cemerlang Tuanku Canselor, dan Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor
  • Dia telah menerbitkan 24 artikel jurnal antarabangsa, memegang satu paten dan aktif dalam kegiatan motivasi dan NGO
  • Pencapaiannya menarik perhatian Malaysia Book of Records untuk pengiktirafan nasional berpotensi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp