Sebahagian peserta yang mengikuti Hari Fisioterapi Sedunia 2024 baru-baru ini.
Sebahagian peserta yang mengikuti Hari Fisioterapi Sedunia 2024 baru-baru ini.

Sambutan luar biasa di Hari Fisioterapi Sedunia 2024

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
14 Nov 2024 08:30pm

Hari Fisioterapi Sedunia 2024 kendalian Society of Physiotherapy Students (SOPHYST) berjaya menyatukan semua pelajar dan ahli fisioterapi seluruh dunia sekali gus menjadikan program itu lain daripada yang lain.

Menurut Timbalan Naib Canselor KPJ Healthcare University (KPJU), Profesor Madya Dr Mohd Izham Mohd Zain, program dapat memperkasakan komuniti fisioterapi dan mengukuhkan hubungan antara pelajar dengan industri kesihatan.

"Ia (Hari Fisioterapi Sedunia 2024) sangat menarik kerana menyediakan pelbagai aktiviti berilmiah yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi manfaat dan ilmu baru kepada semua peserta.

"Setiap aktiviti dirancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran dalam suasana yang interaktif dan menyenangkan,” katanya ketika merasmikan program yang berlangsung di Kampus KPJU Nilai, Negeri Sembilan.

Sementara itu, di bawah kepimpinan Presiden SOPHYST, K.Sothinathan, pihak penganjur telah mengatur program komprehensif yang terdiri daripada dua elemen utama iaitu ceramah dan pameran booth informasi.

No Image Caption

Sesi ceramah di auditorium menampilkan tokoh-tokoh industri dari Wall and Bone Physiotherapy Centre dan Physio Prima, yang berkongsi pandangan mereka tentang dunia fisioterapi.

SOPHYST juga menjemput penceramah motivasi terkenal Universiti Malaya (UM), Nur Qhairun Nabila Hussin yang bercerita mengenai inspiratif dan panduan persedian kepada pelajar dalam menghadapi pengalaman klinikal dan kerjaya mereka kelak.

Artikel Berkaitan:

Manakala pameran booth informasi di Student Lounge pula menyajikan pelbagai ilmu disiplin dalam bidang kesihatan.

Antara booth yang menarik perhatian ialah National Kidney Foundation, SOPHYST (fisioterapi), RADSA (pengimejan perubatan) dan PHARMAS (farmasi).

No Image Caption

Setiap pameran memberi peluang kepada para peserta untuk memahami mengenai sumbangan setiap bidang dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Akhir sekali, Hari Fisioterapi Sedunia 2024 bukan sekadar acara biasa sebaliknya ia adalah bukti nyata komitmen SOPHYST untuk membina komuniti fisioterapi yang mempunyai masa depan berpengetahuan, berperikemanusiaan dan berdaya tahan.

Sambutan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha SOPHYST untuk menginspirasi dan memartabatkan komuniti fisioterapi di KPJU dan sebagainya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp