Amanat Naib Canselor UMPSA 2024 dihadiri 1,000 staf dan penuntut di Dewan Astaka UMPSA.
Amanat Naib Canselor UMPSA 2024 dihadiri 1,000 staf dan penuntut di Dewan Astaka UMPSA.

Sasar enam iltizam, 20 inisiatif dan 37 strategi

28 Feb 2024 04:14pm
A
A
A

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mempunyai kapasiti dari sudut sumber, bakat dan kepakaran yang membolehkan universiti itu merealisasikan visi dan misinya.

Demi mencapainya, UMPSA menetapkan enam iltizam, 20 inisiatif dan 37 strategi yang akan menjadi kompas pergerakan bagi mencapai keberhasilan universiti tahun ini.

Menurut kenyataan media UMPSA, enam iltizam itu terdiri daripada 2K 4M iaitu Keunggulan Akademia dan Kemampanan Pengurusan; Keunggulan Mahasiswa Rentas, Melestarikan Program Akademik, Merekayasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Termaju, Melestarikan Citra Ilmu dan Melestarikan Ekosistem Kondusif.

“Dengan mengangkat tema Keperibadian Unggul, ia mencerminkan keupayaan kompetensi dan ilmu melibatkan warga UMPSA iaitu staf dan mahasiswa.

Yuserrie ketika berucap pada majlis Amanat Naib Canselor UMPSA 2024, baru-baru ini.
Yuserrie ketika berucap pada majlis Amanat Naib Canselor UMPSA 2024, baru-baru ini.

“Ini boleh dihayati melalui prinsip nilai teras UMPSA iaitu hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta, teguh dalam mempertahankan prinsip disepakati, kreatif dalam membuat keputusan yang bijaksana dan cekal menghadapi cabaran serta proaktif dalam tindakan,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainudin berkata, dalam Merekayasa TVET Termaju, universiti perlu berupaya membezakan penawaran kursus TVET berbanding politeknik dan kolej komuniti.

“Frasa TVET Termaju itu sendiri mencerminkan perbezaan jelas yang merangkumi aspek kemasukan, program pengajian, fasiliti dan penghasilan bakat.

Artikel Berkaitan:

“Justeru, terdapat lima strategi bagi peningkatan enrolmen pelajar aliran TVET dalam Program Perdana dan Program Sepanjang Hayat (PSH) iaitu Peluasan akses kemasukan pelajar, Kerjasama strategik Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Program fleksibel, Perluasan kampus dan Penjanaan pendidikan TVET,” katanya.

No Image Caption

Beliau berkata demikian şemasa menyampaikan Amanat Naib Canselor UMPSA 2024 di hadapan 1,000 staf dan penuntut di Dewan Astaka UMPSA, baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman dan barışan pengurusan universiti.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok