Azman memeluk Haziq dalam Majlis Istiadat Konvokesyen IPGM Ke-15 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre.
Azman memeluk Haziq dalam Majlis Istiadat Konvokesyen IPGM Ke-15 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre.

'Saya serah baton semangat pendidik ini kepada waris' - Momen indah Ketua Pengarah Pendidikan bersama anak di Konvokesyen IPGM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
04 Jul 2025 12:14pm

Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ke-15 bukan sekadar medan meraikan kejayaan graduan, malah menjadi detik paling indah buat Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan, apabila beliau sendiri menyampaikan skrol ijazah kepada anakanda tersayang.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya, Azman berkongsi perasaan syukur dan bangga terhadap anaknya, Muhammad Zafri Haziq, yang telah menamatkan pengajian di IPGM Kampus Temenggung Ibrahim, Johor sekali gus menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

"Saya serah baton semangat pendidik ini kepada waris sebelum saya menamatkan perkhidmatan.

"Semoga Haziq terus cemerlang dalam kerjayanya," luah Azman di laman sosial pada Selasa.

No Image Caption

Lebih istimewa, Haziq merupakan satu-satunya daripada lima adik-beradik yang memilih jalan kerjaya sama seperti ayah iaitu menjadi pendidik.

Sementara itu, Azman berkata, momen menyampaikan sendiri skrol kepada Haziq menjadi satu kenangan paling bermakna dalam kerjaya dan kehidupan peribadinya, lebih-lebih lagi ketika dia bakal mengakhiri perkhidmatan dalam sektor pendidikan yang telah lama diceburinya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Majlis Istiadat Konvokesyen IPGM Ke-15 yang berlangsung pada 30 Jun hingga 3 Julai 2025 di Bangi Avenue Convention Centre menyaksikan seramai 5,390 graduan diraikan atas kejayaan menamatkan pengajian selama lima tahun dalam pelbagai bidang pendidikan.

Istiadat Konvokesyen IPGM Ke-15 ini membawa makna yang cukup mendalam, bukan sahaja kepada para graduan, malah kepada para ibu bapa dan pensyarah yang menyaksikan transformasi pelajar dari kampus ke dunia sebenar perguruan.

No Image Caption

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp