Wartawan senior Sinar Bestari, Roshlawaty (dua dari kanan) menerima plak dan cenderamata istimewa daripada Radzuan (kiri). Turut serta, Sharifah Syahirah (tengah).
Wartawan senior Sinar Bestari, Roshlawaty (dua dari kanan) menerima plak dan cenderamata istimewa daripada Radzuan (kiri). Turut serta, Sharifah Syahirah (tengah).

Sinar Bestari terima penghargaan istimewa daripada UPTM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Mar 2025 03:43pm

Portal pendidikan Sinar Bestari sekali lagi membuktikan peranannya sebagai sumber rujukan utama dalam dunia pendidikan apabila menerima penghargaan istimewa daripada Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Pengiktirafan yang diberikan sempena Iftar Ramadan UPTM With Media di Palm Garden Hotel, Putrajaya pada Rabu, adalah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan berterusan Sinar Bestari dalam menyebarluaskan informasi pendidikan berkaitan institusi pendidikan itu.

Selain Sinar Bestari, beberapa organisasi media di Malaysia seperti MalaysiaGazette, Bernama, Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kosmo! turut diberi penghargaan yang sama dalam majlis tersebut.

Kesemuanya menerima plak dan cenderamata istimewa yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Radzuan Razali dan Naib Canselor UPTM, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Shiekh.

Sesi ramah mesra Radzuan (tengah) dan Sharifah Syahirah bersama team Sinar Bestari pada Iftar Ramadan UPTM With Media.
Sesi ramah mesra Radzuan (tengah) dan Sharifah Syahirah bersama team Sinar Bestari pada Iftar Ramadan UPTM With Media.

Menurut Sharifah Syahirah, media bukan sekadar penyampai maklumat, tetapi juga rakan strategik dalam memperkasa pendidikan dan membina masyarakat berilmu.

"Majlis ini adalah satu tanda penghargaan UPTM kepada rakan-rakan media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan informasi yang tepat dan bermakna.

"Setiap laporan dan liputan yang dihasilkan bukan sahaja memberi maklumat, tetapi juga menjadi sebahagian daripada perjalanan UPTM dalam melahirkan modal insan berkualiti," katanya dalam majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sharifah Syahirah
Sharifah Syahirah

Iftar Ramadan UPTM With Media yang turut dihadiri barisan ahli akademik universiti itu dan KPTM menjadi platform dalam mengeratkan hubungan silaturahim.

Ia juga merupakan ruang bertukar idea dan pendapat bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan serta penyebaran maklumat.

Dalam majlis berbuka puasa itu, pelbagai hidangan istimewa telah disediakan kepada tetamu yang hadir.

Sebahagian wakil media yang hadir di Iftar Ramadan UPTM With Media pada Rabu.
Sebahagian wakil media yang hadir di Iftar Ramadan UPTM With Media pada Rabu.

Antara menu yang disajikan ialah nasi ayam, nasi putih, daging dendeng, ikan bakar, kari ayam, ketupat, rendang, sate dan kambing golek

Tidak ketinggalan, pencuci mulut seperti kuih-muih tradisional, bubur durian, kek, pelbagai jenis minuman sejuk dan panas sebagai melengkapkan juadah berbuka puasa.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp