Barisan IAP bergambar sebagai kenangan semasa melancarkan bidang baharu di Taylor's University.
Barisan IAP bergambar sebagai kenangan semasa melancarkan bidang baharu di Taylor's University.

Taylor’s University sekali lagi lancar program baharu untuk membentuk pemimpin masa hadapan

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
07 Mar 2025 08:03am

Taylor’s University baharu sahaja melancarkan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Gunaan (Kepujian) bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap profesional berkemahiran.

Sekali lagi, universiti itu melakarkan sejarah baharu apabila melancarkan Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) (Kepujian) sebagai penanda aras baharu bagi pendidikan interdisiplin.

Ijazah sarjana muda tiga tahun tersebut bertujuan untuk mewujudkan generasi pemimpin dan pemikir yang bersedia untuk menangani cabaran global serta transformasi industri.

Pro Naib Canselor Penglibatan Luar universiti berkenaan, Professor Dr Ong Kian Ming berkata, pihaknya percaya bahawa pelajar yang mengikuti program tersebut boleh menjadi pemimpin generasi baharu di negara ini.

“Jadi, inilah yang kami fikirkan iaitu sumbangan kami kepada negara daripada perspektif pemimpin-pemimpin generasi baharu.

“Kami juga sedaya upaya mempersiapkan pelajar bukan sahaja untuk pekerjaan tetapi dengan ‘skill-set multidisciplinary’ untuk bekerja kelak walaupun dengan peningkatan teknologi,” katanya selepas melancarkan program baharu di Taylor’s University pada Khamis.

Kian Ming
Kian Ming

Majlis pelancaran yang berlangsung di institusi pendidikan berkenaan turut menampilkan forum bicara eksklusif yang dikendalikan Kian Ming bersama ahli-ahli Panel Penasihat Industri (IAP) seperti bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Pengasas dan Pengarah Urusan Watchtower Advisory, Shahril Hamdan; Profesor Madya bagi Amalan di Universiti Nottingham, Dr Tricia Yeoh dan Timbalan Dekan Pendidikan, Pusat Pengajian Perniagaan Asia, Dr Melati Nungsari.

Artikel Berkaitan:

Taylor’s University telah membuka permohonan bagi pengambilan pelajar untuk sesi April dan September 2025 dengan penawaran biasiswa sebanyak 100 peratus yuran tuisyen atau bursari eksklusif sebanyak 10 peratus untuk kohort pertama.

IAP menawarkan bimbingan, kerjasama penyelidikan, ceramah jemputan dan penglibatan industri untuk menghubungkan teori dengan aplikasi praktikal.

Mereka terdiri daripada penggubal polisi, ahli ekonomi, pemimpin korporat dan ahli akademik terkenal termasuk Khairy Jamaluddin, Shahril Hamdan, Tony Pua dan ramai lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp