Misi Bantuan Pasca Banjir melibatkan kerja-kerja pembersihan di kawasan perumahan, surau, premis perniagaan, persekitaran dan kawasan awam.
Misi Bantuan Pasca Banjir melibatkan kerja-kerja pembersihan di kawasan perumahan, surau, premis perniagaan, persekitaran dan kawasan awam.

Sukarelawan UPM turun padang bantu mangsa banjir di Perak

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Dec 2024 02:22pm

Seramai 120 sukarelawan pelajar dan staf Skuad Jiwa Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan Misi Bantuan Pasca Banjir di tiga lokasi berasingan di Batu Gajah, Perak pada Isnin.

Misi membersihkan kawasan, pengagihan bantuan dan sokongan moral kepada mangsa banjir itu turut disertai staf Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) dan Kelab Insan dari universiti tersebut serta kakitangan Majlis Daerah Batu Gajah.

Pengarah PKPP, Profesor Madya Dr Mursyid Arshad berkata, kerja-kerja pembersihan berkenaan melibatkan kawasan perumahan, surau, premis perniagaan, persekitaran awam di Laman Menara Tanjak, Batu Gajah dan kawasan awam Sri Jaya serta Batu Gajah.

"Misi ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir demi kesejahteraan emosi dan fizikal mereka.

"Terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menunjukkan semangat tinggi untuk memulihkan semula kawasan terlibat,” ujarnya yang menyumbang 30 Bakul Rahmah berisi keperluan makanan asas kepada mangsa.

No Image Caption

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Profesor Dr Arifin Abdu berkata, Skuad Jiwa Putra merupakan pasukan yang membantu komuniti terjejas selari dengan motto UPM ‘Berilmu Berbakti’.

Ujarnya, Skuad Jiwa Putra adalah cetusan Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah untuk melahirkan graduan yang seimbang dan cemerlang dalam akademik serta nilai-nilai murni.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp