Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin berkenan melantik Tan Sri Peter Chin sebagai Pro Canselor UPM yang baharu.
Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin berkenan melantik Tan Sri Peter Chin sebagai Pro Canselor UPM yang baharu.

Tan Sri Peter Chin dilantik Pro Canselor UPM baharu

23 Aug 2024 01:55pm

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Tan Sri Peter Chin Fah Kui sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor, pada Selasa.

Sultan Sharafuddin selaku Tuanku Canselor UPM turut melantik semula Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Profesor Emeritus Datuk Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie sebagai Pro Canselor UPM.

Semua pelantikan yang diadakan pada Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Perlantikan Pro Canselor UPM adalah untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 18 Oktober hingga 17 Oktober 2027.

Sultan Sharafuddin turut melantik semula Tengku Amir Shah sebagai Pro Canselor UPM.
Sultan Sharafuddin turut melantik semula Tengku Amir Shah sebagai Pro Canselor UPM.

Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Profesor Dr Azlinda Azman.

Sementara itu, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Peter Chin selari dengan fokus UPM yang mengangkat agenda pertanian sejak penubuhannya pada 1971 serta komitmen universiti dalam memperkasakan pertanian untuk manfaat masyarakat dan negara.

Muhamad Zohadie (kiri) juga dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM.
Muhamad Zohadie (kiri) juga dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM.

"Kepakaran Peter Chin di IOI Corporation Berhad diyakini dapat menyumbang kepada pembangunan dan memperkukuhkan agenda pertanian serta keterjaminan makanan negara secara amnya, dan UPM secara khususnya,” menurut kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tokoh ini telah menggalas pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan Malaysia dari tahun 1986 sehingga bersara Mei 2013.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau dalah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebajikan.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp