UPSI mempelawa seluruh warga kampus, masyarakat setempat, pemimpin dan orang ramai yang selama ini tidak putus-putus menitipkan doa untuk hadir bersama.
UPSI mempelawa seluruh warga kampus, masyarakat setempat, pemimpin dan orang ramai yang selama ini tidak putus-putus menitipkan doa untuk hadir bersama.

Tangisan dan doa iringi majlis tahlil UPSI

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 Jun 2025 10:33am

Hampir seminggu berlalu sejak tragedi nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Namun, rasa sedih dan pilu atas kehilangan ini terus menyelubungi seluruh warga universiti serta rakyat Malaysia.

Bagi menyatakan rasa kasih, hormat dan solidariti terhadap para pelajar yang terkorban dan terkesan, pihak UPSI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Majlis Tahlil Perdana sebagai satu ruang untuk semua bersatu dalam doa dan harapan.

Majlis dijadual berlangsung hari ini, pada jam 5.30 petang di Dewan Tuanku Canselor, UPSI.

"Kami mempelawa seluruh warga kampus, masyarakat setempat, pemimpin dan orang ramai yang selama ini tidak putus-putus menitipkan doa untuk hadir bersama.

"Tempat duduk mungkin terhad dengan jangkaan kehadiran lebih 5,000 orang, namun yang lebih penting adalah doa tulus dan ikhlas yang dibawa setiap tetamu.

"Para hadirin disarankan untuk membawa sejadah sendiri, sebagai persiapan solat berjemaah dan tahlil yang bakal dijalankan secara beramai-ramai,” kongsi UPSI di Facebook mereka pada Ahad.

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp