Taylor’s University didorong oleh komitmennya yang kuat terhadap kaedah pengajaran inovatif.
Taylor’s University didorong oleh komitmennya yang kuat terhadap kaedah pengajaran inovatif.

Taylor's University kekal institusi swasta unggul di Asia Tenggara

NURBAYA ABDUL REZAK
05 Jun 2024 01:19pm
A
A
A

Taylor’s University terus menunjukkan peningkatan dalam liga Quacquarelli Symonds (QS) dengan kedudukannya yang menonjol di tangga ke-251 dalam QS World University Rankings 2025.

Pencapaian ini membuktikan dedikasi teguh institusi berkenaan terhadap kecemerlangan akademik.

Naib Canselor dan Presiden Taylor's University, Profesor Barry Winn berkata, dalam tempoh tujuh tahun, institusi swasta ini menunjukkan peningkatan yang konsisten membabitkan kedudukan.

BARRY WINN
BARRY WINN

"Dengan perkembangan itu, Taylor's University memperoleh pengiktirafan sebagai universiti swasta terunggul di Asia Tenggara selama lima tahun berturut-turut dan menduduki tempat dalam kalangan satu peratus universiti elit dunia.

"Institusi ini telah mencapai kemajuan luar biasa dalam beberapa bidang utama antara lain, menduduki tangga 100 teratas untuk pelajar antarabangsa dan reputasi majikan, menonjolkan kejayaan dalam menarik badan pelajar yang pelbagai dan berorientasi global serta membina hubungan kukuh dengan majikan terkemuka dalam pencarian bakat.

"Saya komited untuk mengekalkan standard tertinggi di Taylor’s Universiti, bagi membolehkan ia mencapai potensi penuhnya sebagai peneraju global dalam pengajaran, penyelidikan dan pemindahan pengetahuan yang progresif serta inovatif.

Artikel Berkaitan:

"Visi kami untuk dekad akan datang melibatkan menetapkan matlamat yang lebih tinggi, meletakkan universiti ini sebagai institusi bertaraf dunia," kata Barry Winn.

Untuk rekod, Taylor’s University didorong oleh komitmennya yang kuat terhadap kaedah pengajaran inovatif.

Dengan fokus melahirkan generasi pembuat impak, universiti ini melibatkan pelajar dalam inisiatif sosial dan alam sekitar di mana mereka boleh turut serta menyumbang secara positif kepada komuniti.

Dalam tempoh hanya satu tahun, pendekatan visi ini menyaksikan integrasi lancar 106 projek impak ke dalam kurikulum dengan lebih daripada 4,000 pelajar yang aktif terlibat dan memberi impak kepada kehidupan lebih daripada 3,100 individu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok