Sukarelawan KKMT datang menghulurkan bantuan.
Sukarelawan KKMT datang menghulurkan bantuan.

‘Terima kasih cu datang tolong nenek...’

13 Aug 2024 09:19am

Seorang wanita warga emas hanya mampu mengucapkan terima kasih selepas menerima bantuan daripada sukarelawan Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT), Melaka semasa proses pembersihan rumahnya yang dilanda banjir, pada Isnin.

Normah Ahmad, 74 berkata, dirinya terasa seperti hidup kembali apabila melihat kumpulan pelajar sukarelawan tersebut melawat dan membersihkan kediamannya.

“Terima kasih cu datang tolong nenek, nenek risau sangat macam mana nak kemas rumah nenek,” jelasnya ketika ditemui di sini.

Beliau yang tinggal bersama anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar hanya mampu menjadi saksi bisu melihat rumah mereka dinaiki air.

Menurutnya, kejadian yang berlaku terlalu pantas, merupakan bencana banjir paling terburuk pernah dilaluinya sepanjang 20 tahun menetap di Taman Bandar Baru Masjid Tanah.

“Air naik terlalu laju sehingga kami tidak dapat menyelamatkan barangan dan hanya mampu redha dengan takdir ini.

Artikel Berkaitan:

"Hati saya begitu susah memikirkan bagaimana cara untuk membersihkan rumah kerana saya sudah tua tetapi dengan kehadiran pelajar Kolej Komuniti saya mampu menarik nafas lega,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah KKMT, Razali Bakri berkata, sukarelawan KKMT merupakan inisiatif yang diambil oleh pengurusannya dalam usaha memupuk semangat cakna komuniti dan meningkatkan kemahiran bersosial dalam kalangan pelajarnya.

“Generasi masa kini perlu mempunyai kemahiran untuk bersosial yang menjurus ke arah positif di mana mereka perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan khidmat sosial.

"Perkara ini bakal menjadi nilai tambah kepada mereka untuk menjadi generasi bersifat holistik dalam semua perkara bukannya hanya berfokus kepada akademik semata-mata," katanya.

Sukarelawan membantu mengemas rumah landaan banjir.
Sukarelawan membantu mengemas rumah landaan banjir.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp