Nazrul Irwan (enam dari kiri) bersama para peserta dan dua penceramah yang mengendalikan Agriculture Overview on Banking and Industry Perspective baru-baru ini.
Nazrul Irwan (enam dari kiri) bersama para peserta dan dua penceramah yang mengendalikan Agriculture Overview on Banking and Industry Perspective baru-baru ini.

Timba ilmu pertanian menerusi Agriculture Overview on Banking and Industry Perspective

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
18 Oct 2023 09:39am
A
A
A

Warga perbankan kini berpeluang mendapatkan pendedahan berhubung sektor pertanian daripada institut pengajian tinggi (IPT) yang ada di negara ini.

Sebagai contoh, Centre of Excellence Bank Rakyat (COE Bank Rakyat) dengan kerjasama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkolaborasi menganjurkan program unik bertajuk Agriculture Overview on Banking and Industry Perspective untuk pekerja bank.

Menerusi satu kenyataan yang dikirimkan kepada Sinar Bestari, program itu bertujuan memberikan pengetahuan yang mendalam kepada pekerja bank dalam sektor pertanian dari perspektif perbankan dan industri.

Program yang mendapat sokongan dan tajaan sepenuhnya oleh Bank Rakyat telah menjemput dua penceramah iaitu Dr Ahmad Hanis Izani dan Dr Nurul Nadia untuk berkongsi ilmu dan kepakaran mereka kepada para peserta.

Dari kiri Mohamad Zaki, Nurul Nadia, Nazrul Irwan dan Ahmad Hanis ketika berakhirnya program melibatkan kakitangan bank dalam sektor pertanian dari perspektif perbankan dan industri.
Dari kiri Mohamad Zaki, Nurul Nadia, Nazrul Irwan dan Ahmad Hanis ketika berakhirnya program melibatkan kakitangan bank dalam sektor pertanian dari perspektif perbankan dan industri.

Merupakan pensyarah kanan Fakulti Pertanian UPM, mereka telah memberikan ceramah berharga mengenai peranan perbankan dalam sektor pertanian Malaysia dan perkembangan industri pertanian yang terkini.

Sementara itu, Pengurus COE Bank Rakyat, Nazrul Irwan Mohd Nor dan wakil dari CiRNeT UPM, Mohamad Zaki Mohamad Saad Wakil tidak ketinggalan hadir pada program sekali gus memberi inspirasi dan semangat kepada peserta program.

Terdahulu, Agriculture Overview on Banking and Industry Perspective yang diadakan di Bank Rakyat Jalan Tangsi, Kuala Lumpur adalah program sangat bernilai kepada pekerja Bank Rakyat, yang dapat membantu mereka memahami dengan lebih baik berhubung sektor pertanian.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, program juga merangsang pemikiran strategik mereka dalam penyediaan perkhidmatan perbankan yang lebih baik kepada para pelanggan pertanian.

Ini adalah langkah penting dalam memajukan perbankan pertanian di Malaysia dan memperkasakan pekerja dalam bidang tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok