Nik Salida Suhaila dianugerahkan datuk sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Selasa lalu.
Nik Salida Suhaila dianugerahkan datuk sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Selasa lalu.

Timbalan Naib Canselor USIM, Nik Salida Suhaila dapat gelaran datuk!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 Jan 2025 10:05pm

Profesor Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh merupakan tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam bidang Syariah dan Undang-Undang.

Dengan kelayakan akademik yang ada antaranya, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Undang-Undang, University of Keele, United Kingdom, Nik Salida pernah dilantik sebagai Dekan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2021 hingga 2024.

Terkini, beliau menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), USIM mulai 12 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2026.

Dengan pelantikan itu, ia dilihat sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi kedudukan universiti di peringkat global dengan visi dan kepakaran dimiliki.

Sementara itu, sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Selasa, Nik Salida telah dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan tersebut telah mendapat maklum balas positif dalam kalangan warga maya di Facebook rasmi USIM.

Antara yang memberi komen adalah Ishak Kanown yang merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan beliau berjaya dalam apa jua lapangan dan terus bersemangat mendidik anak bangsa.

Seterusnya, warganet seperti Noriah Shaharuddin, Che Noraini Che Omar, Asmidah Ahmad, Akmal Ibnu Sairan, Sadri Sazariel dan Aji Buss CheAwe turut mengucapkan tahniah atas anugerah yang diterima.

Artikel Berkaitan:

Akhir sekali, semoga pencapaian tokoh hebat ini akan memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya dalam bidang pendidikan dan undang-undang syariah.

Anugerah berkenaan adalah bukti bahawa usaha gigih dan keikhlasan dalam menyumbang kepada masyarakat akan sentiasa dihargai.

Tahniah sekali lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp