
Tunku Azizah lakar sejarah sampaikan syarahan di Universiti Oxford
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melakar sejarah buat pertama kalinya menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, United Kingdom pada Khamis.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan baginda membentangkan syarahan bertajuk 'Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan'.
"Baginda berbicara secara jelas dan terperinci sebagai suara sebuah kerajaan yang menuntut semula Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua bagi sebuah tamadun berdaulat," menurut hantaran itu.
Syarahan baginda turut berkisar mengenai Pahang sebagai sebuah kekuatan ketamadunan, berilmu dan berperundangan, bukan tinggalan nostalgia tetapi nadi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat, satu penakrifan semula ilmiah terhadap sejarah perlembagaan dunia. - Bernama
Ringkasan AI
- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menyampaikan syarahan di Universiti Oxford untuk kali pertama
- Syarahan bertajuk "Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan"
- Membahas tentang Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua
- Menonjolkan Pahang sebagai kekuatan ketamadunan, berilmu dan berperundangan
- Mendefinisikan semula sejarah perlembagaan dunia dari perspektif Melayu-Islam