UiTM lancar buku Modul Aspirasi Utama perkukuh pembangunan karakter pelajar
Buku Modul Aspirasi Utama dilancarkan pada Rabu, bersempena Minggu Destini Siswa (MDS) dan Ulang Tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-25.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Mohd Sazili Shahibi berkata, buku itu memfokuskan ke arah memperkukuhkan pembangunan karakter siswa-siswi UiTM khususnya dari aspek pemantapan DNA UiTM dalam diri pelajar.
"Selain itu, ia memfokuskan nilai kepimpinan mahasiswa, penjagaan kesihatan mental dan cabaran mendepani isu-isu semasa dan keselamatan negara.
"Ia juga bertujuan bukan sekadar untuk memperkukuhkan pencapaian akademik mahasiswa dan mahasiswi UiTM, malah melengkapkan mereka dengan kemahiran insaniah yang kritikal, diperlukan bagi mendepani cabaran masa hadapan," katanya dalam kenyataan.
Pelancaran buku itu dirasmikan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin. - Bernama