UiTM untuk bumiputera - KPT

15 May 2024 07:25pm
A
A
A

Isu mengenai kemasukan kepada pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertebaran sejak dua menjak ini, mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan memaklumkan, isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat KPT mahupun Kabinet.

"Seperti kenyataan saya pada 2 Mei lalu, dengan tegasnya KPT tidak pernah membincangkan atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana yang telah tersebar.

"Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak," tegas Zambry pada Rabu.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok