Universiti Malaysia Terengganu.
Universiti Malaysia Terengganu.

UMT diiktiraf kelompok 251-300 universiti terbaik dunia

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
20 May 2024 05:35pm
A
A
A

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diiktiraf sebagai universiti yang berada dalam kelompok 251-300 terbaik dunia oleh Times Higher Education Young University Rankings 2024 berbanding kedudukan 401-500, tahun lepas.

Profesor Ts Dr Mohd Zamri Ibrahim yang menjalan tugas Naib Canselor UMT, menzahirkan rasa bangga atas kejayaan UMT yang menyertai kelompok tujuh universiti terbaik di Malaysia atau keempat dalam kalangan universiti awam.

Menurutnya, peningkatan skor UMT untuk hampir semua indikator adalah bukti kejayaan perancangan dan inisiatif yang ditetapkan dalam Pelan Strategik UMT 2018 – 2022.

"Terutama ia melibatkan peningkatan yang ketara dalam skor indikator kualiti penyelidikan dengan menunjukkan bahawa UMT berada pada landasan yang kukuh bagi menghasilkan penyelidikan berkualiti disamping kriteria pengantarabangsaan.

"Selain itu, penilaian ini juga mengambil kira kriteria pengajaran dan pemerhatian pihak industri. UMT akan terus bergerak maju dengan perancangan dan inisiatif yang lebih segar dan terarah melalui Pelan Strategik UMT 2023 – 2027.

"Walaupun masih muda, UMT mampu bersaing dengan universiti-universiti ternama di negara ini terutama dalam bidang penyelidikan," maklumnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohd Zamri, pencapaian itu menjadikan UMT sebagai universiti ketujuh terbaik di Malaysia dengan peningkatan sebanyak empat tangga.

"Keputusan yang diumumkan semalam melibatkan lebih 673 universiti dari seluruh dunia yang tersenarai dalam Times Higher Education Young University Rankings 2024.

Artikel Berkaitan:

"Syabas dan tahniah kepada warga UMT yang sentiasa komited serta gigih berusaha dalam memastikan UMT berada pada kedudukan yang terbaik," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok