Mohd Irwan (dua dari kanan) menyerahkan kad simbol A-Heart kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra pada majlis Hi-Tea Limpahan Piskanita and A-Heart. Kredit foto: Facebook Yayasan Bank Rakyat
Mohd Irwan (dua dari kanan) menyerahkan kad simbol A-Heart kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra pada majlis Hi-Tea Limpahan Piskanita and A-Heart. Kredit foto: Facebook Yayasan Bank Rakyat

UNIMAP dan YBR terus tingkat pendidikan golongan istimewa

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
07 Feb 2023 06:43pm

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dan Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah bekerjasama menganjurkan program ‘Autism Hub For Educational Resources and Training (A-Heart).

Ia merupakan program yang memberi tumpuan untuk meningkatkan pendidikan yang lebih inklusif kepada kanak-kanak serta remaja yang menghidap autisme.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, kerjasama berkenaan merupakan satu langkah baik bagi menjamin tempat kepada anak-anak ini dalam kalangan masyarakat.

Katanya, anak-anak autisme dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan daripada komuniti Perlis telah terpilih bagi menyertai program yang dijalankan sepanjang tahun itu.

“Tujuan program ini adalah untuk menyediakan sesi terapi deria serta cara kerja kepada kanak-kanak dan remaja autisme di mana 48 sesi terapi setahun telah dirancang.

“Bagi memastikan mereka mendapat sesi terapi yang efektif, kami telah menyediakan sesi diagnosis keperluan terapi serta menyediakan mereka dengan kemudahan pengangkutan yang akan memanfaatkan ibu-bapa atau penjaga yang menghadapi kekangan.

“Oleh itu bagi membantu mereka mengembangkan potensi, galakan serta dorongan harus diberikan,” katanya pada majlis Hi-Tea Limpahan Piskanita and A-Heart, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Mohd Irwan (dua dari kanan) menyerahkan kad simbol A-Heart kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra pada majlis Hi-Tea Limpahan Piskanita and A-Heart. Kredit foto: Facebook Yayasan Bank Rakyat
Mohd Irwan (dua dari kanan) menyerahkan kad simbol A-Heart kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra pada majlis Hi-Tea Limpahan Piskanita and A-Heart. Kredit foto: Facebook Yayasan Bank Rakyat



Hadir sama Raja Muda Perlis yang juga merupakan Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli ke Dewan ilmu di UniMAP.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis selaku Pro Canselor UMP, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tambah Mohd Irwan, usaha YBR itu juga secara tidak langsung menjadi sebuah platform untuk anak-anak istimewa ini mendapatkan peluang dari segi pemulihan serta pendidikan mengikut tahap keupayaan serta keperluan masing-masing.

Katanya, golongan istimewa ini tidak sama dengan mereka yang normal namun tetap mempunyai kelebihan dari segi akal dan kemahiran.

Ujarnya, sokongan daripada pihak ramai akan menjadikan mereka lebih berdaya saing untuk membentuk masa depan yang lebih baik.

“Diharapkan mereka ini diberikan sokongan yang berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa, keluarga serta masyarakat untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing serta mempunyai masa depan yang cerah seperti yang lain,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp